Thursday, May 21, 2009

Minda separa sedar

Kalau otak kita terbahagi kepada 2 bahagian, kiri dan kanan..minda kita pun terdiri dari 2 major side..minda sedar dan separa sedar..kalau minda tak sedar terus tu minda org yang tak sedar diri..tak sedar diri yg dunia ni hanya pinjaman, tak sedar diri yang semuanya berasal dariNya..untuk org kategori ni aku cadangkan pegi jer dunia lain yang korang punye..jangan dok menumpang bumi Allah ni kalau nak berlagak..sempat lagi aku berdakwah..ini kira kuliah subuh ( kalau korang baca masa subuh) atau kuliah magrib (kalau korang baca time magrib) tp kalau korang baca time rehat kuliah makan tengah hari la namanya..hik hik

minda sedar ni semua org tahu, minda yg kita boleh control..makan nasi, merempit, berkepit, main golf, bergolek2 atas padang bola, bunuh diri atau apa2 benda yang boleh korang buat..

minda separa sedar plak, minda yang kita tak boleh control atau ssh nak control..mcm mengawal suhu badan, degupan jantung, emosi, telekinesis, kesihatan, kelakuan, habit dan beratus ribu lagi..kalau ikut peratusan boleh dikatakan kita hanya menggunakan 10% minda sedar dan 90% ialah minda separa sedar dalam kehidupan kita..dan yang paling membanggakan kita hanya menggunakan kapasiti otak maksimun 4%..jadi bayangkan..itu 4%..kalau kita dapat memaksimukan penggunaan otak kita apa kita boleh buat?hohoho super human ler...boleh bogelkan orang hanya dengan melihat...hahahaha

bg aku, minda separa sedar adalah potensi sebenar kita sebagai manusia.. kalau tak,takkan ramai saintis ataupun berlagak mcm saintis(aku ler) utk membongkar minda separa sedar..aku bg contoh kelebihan minda separa sedar ni..kalau korang boleh mind reading, alihkan barang guna minda sahaja, xmakan nasi selama bertahun2, xminum air berbulan2, xmandi selama seminggu (ops, ini malas..bukanya hebat)

antara aktiviti yang berjaya dibuktikan oleh minda separa sedar ialah Law Of Attraction..bagi yg tak tau apa tu LOA korang cari la dalam wikipedia..takkan semua aku nak suap kot..xbley xbley..orang kita xleh kasi manja..nnt lemau..kekeke

ada pelbagai kegunaan dalam minda separa sedar ni..utk kaya ke, boleh jalan atas api ke, boleh berubat ke(sesetengah org tak tau dia guna minda separa sedar ni utk berubat) tapi apa yg paling penting, kena dapat kebenaran dari owner dunia ni la..sapa lagi kalau bukan Allah

minda ni sebati dengan kita..contohnya, kita boleh memandu kereta walaupun dalam keadaan fikiran melayang teringat awek, hutang, kerja, mati (kalau ada la) tanpa eksiden..kalau orang yg nak berjaya,mereka selalu menggunakan minda ni utk tarik rezeki(kata diorang ler)

cara2nya...cara 1..bila kat umah, kita relax..sbb rilex ni merupakan cara yang sesuai utk connect dengan minda separa sedar..pastu kita mintak apa yang kita nak..berulang2..sehingga dapat..dalam Islam pun dah ada teknik ni..

kita tengok konsep berdoa dalam Islam..lepas sembahyang, keadaan selesa, bersih, tenang(kusyuk), kalau boleh sepertiga malam sbb time tu sunyi sepi, sejuk,nyaman dan lain2..pastu kita berdoa, mintak apa yang kita nak..nak hensem mcm aku ke, nak kaya mcm aku ke, nak bini kaya mcm bini aku ke, nak jadi superman mcm aku ke, nak menang pertandingan dragon boat mcm aku ke, nak itu ke, nak ini ke..mintak jer..

ini adalah asas dalam kegunaan minda separa sedar..yang diajarkan oleh Nabi Muhammad yang telah mendapat cop sirim daripada Allah..

cara kedua pulak..kita kena berulang2..mcm kita hafal 4692027 sekali pastu lagi 10 minit try sebut..dapat x?tapi kalau kita kata 4692027 100 kali pastu lg 10 menet kita try sebut..mesti dapat..dalam topik ni, kita kena ulang berkali2..apa yg kita buat dalam cara 1 tadi..

dan kembali pada doa tadi..sama gak, kita kena berdoa berkali2..bukanya sekali baru dapat..korang tawar menawar kat kedai pun bukanya sekali ye tak?berkali2 baru leh dapat murah...

boleh aku simpulkan, antara minda separa sedar dan minda sedar..ada sempadan di tengah2..dan ditengah2nya ada sorang pak guard yang tak bagi kita guna sesuka suki..antara cara yang paling mudah adalah relax atau jadi gila..sbb tu la org gila dapat melawan hukum alam, tahap kesihatan tinggi mcm gaban..jadi, jom jadi orang gila..hahaha

aku kasi pengenalan jer pada minda separa sedar ni..kalau korang nak lebih..bawa2 la mencari ilmu..kan internet ni gerbang ilmu..search la yer..jangan jadi malas ok..sedangkan nak berak pun kena teran, inikan pula untuk menimba ilmu...cewah..karram singh walia versi melayu..apee da, orang singh lebih melayu dari melayu..malu plak aku dengan dia..

Friday, May 15, 2009

Brain Network

sejak2 ni aku agak melalut dalam blog aku ..aku dah lari dari tujuan asal aku buat blog..kajian tentang otak, psikologi dan lain2...sebenarnya aku minat sangat dengan otak kita..dari otak kita..kita boleh berjaya dalam idup..dlm pelajaran sbb kita tau yg mana "hak" kita dan yang mana bukan..

mcm aku ni dah terlajak..tapi tak pa..aku share ilmu ni utk korang dah korang test benda ni utk anak korang..mendidik anak kita bertambah bijak menggunakan potensi yang ada pada diorang..
kita org Melayu jarang amik tau pasai otak kita..wei, otak la memisahkan antara manusia dan haiwan tau..kalau kita wat xtau kat otak kita..bek jd la batu nisan..lg best..tak yah ssh nak takutkan orang..orang takut kat kita..

aku strait to the point..malas nak panjang2 kan

aku test kat korang




















korang nampak dia pusing kot mana? lawan jam atau ikut jam?

kalu gambaq ni tak pusing..klik link ni

http://www.news.com.au/dailytelegraph/story/0,22049,22535838-5012895,00.html?from=mostpop

kalau ikut jam, kira korang lebih pakai otak kanan..kalau lawan jam..byk otak kiri

dan satu lagi..korang buat tangan mcm ni..tengok ibu jari tangan mana di atas sekali










Kalau jari kiri kat atas, maksudnya korang otak kanan..dan juga sebaliknya

aku bg ciri orang otak kiri..
lebih kepada logik
perancang
suka matematik dan sains
suka pada keadaan yg selamat
suka pada ilmu
lebih kepada pratikal dari teori
suka tengok pada realiti
lebih ke perkataan dan bahasa

otak kanan plak
suka berimiginasi
suka pada seni ( lukisan, musik dan lain2)
lebih tertarik pada gambar dan simbol
tertumpu pada khayalan
lebih kepada fantasi
berani amik risiko

jadi bila kita dah buat test ni kat anak kita..kita tau apa bagaimana diorang berfikir

contoh...kita dah tau anak kita dominan otak kiri...so kita push dia ikut matematik, pengiraan, perancang bandar, kasi dia main game soduko, game sim city..serlahkan diorang kearah itu...ibarat seekor kucing la, kalau kita ajar kucing makan lepat pisang kompom ssh punya, kalau makan pun sikit sbb naluri kucing bukan mcm tu..tp kalau bg ikan..xyah ajar, laju ja makan..ini pun salah satu benda yg disetkan dalam brain atau bahasa kasarnya kepala otak kita..

kalau otak kanan..lebihkan kesenian pada diorang..beli alat lukis ke, musik ke train diorang sampai betul2 terer..atau cara nak mengajar mereka..ajar mereka menggunakan musik..sbb otak kanan ni lebih respond kepada tone dari makna perkataan..atau, masa diorang stady..korang bukak lagu mozart ke, beethoven ke nak lagi menarik dan tertarik pasang cd surah Yassin

semoga anak2 anda atau anda dapat memaksimumkan potensi anda

P/S: asal baik semcm jer aku tulis kali ni..hemm

Sunday, May 10, 2009

Politik

baru-baru aku dapat artikel..tajuk dia saja "semua org muslim wajib sokong pas"...berderau api kemarahan aku bila baca..kalau kata orang pas wajib sokong Islam ok ler...sebelum tu aku nak cakap kat penulis artikel tu...woi, ko sape ha nak letak fatwa mcm tu?ko mufti?wali? ko layak nak buat statement mcm tu ke?.ada x dlm rukun Islam kena masuk pas?ada tak rukun iman kena percaya pas?..kepada org yang foward plak..korang ada fikir elok2 ke sebelum foward? atau korang taksub dengan parti korang tu? korang tahu x apa effect dari action korang?

pendapat aku..korang semua BODOH..aku rasa mcm nak pijak2 je korang..korang meletakkan bahawa Islam dalam pas(politik)..kalau korang cakap org pas kena masuk atau beriman seperti orang Islam yang sebenarnya..aku sokong sesangat..sebabnya..politik hanyalah cebisan dalam Islam...

ok, aku terangkan lagi apa yang aku tafsir dalam kenyataan korang..

semua orang Islam mesti masuk pas..cara korang cakap mcm satu kewajipan..umpama kita mesti mengucap, sembahyang, puasa, bla bla bla..sbb korang guna perkataan "MESTI" a.k.a wajib..dosa xmasuk..jadi kepada SAQJ, wali songo, dan orang Islam yg lain kat Palestine, Dubai, Timur Leste adalah berdosa sbb tak masuk dalam pas...betapa HEBATnya parti korang..sampai ke tahap mcm tu korang kata..

dah banyak kali aku perjuangkan dalam group Islam dalam group Islam di friendster..jangan campurkan Islam dan politik..tapi diorang kata apa?dlm Nabi sendiri berpolitik..xleh buang la...aloo org org fanatik pas(tambahan muda2 tu) mmg la politik ada dlm Islam..tp ada lagi ekonomi, rumah tangga, ahklak, sains, geografi, sejarah dan segala jenis labi-labi ada dlm Islam..apsal korang xbawak tu sekali dalam group tu? asyik2 masuk group Islam, mesti ada politik..bosan aku tau..bosan

kepada korang yg kata memperjuangkan politik korang tu..kononya korang berdakwah melalui politik..korang fikir la..mcmana kalau ada org teringin nak belajar pasal Islam masuk group tu..bila masuk, tengok2 politik..gado2, maki2..apa diorang pikir?Islam ni ganas? pastu org mcm korang bangga bila korang buat riot..korang tengok..bila ada riot kat Malaysia si jantung dunia ni, manusia mana paling ramai? paling ramai adalah makluk paling sempurna dicipta oleh Allah yang berkopiah..

aku malu..bila aku buat research..aku tanya org2 luar dari politik..aku tanya cina, hindu, iban dan lain2 yang sempat aku tanya...bila aku tanya pasal umno diorang cakap korupsi, tipu duit rakyat, bla bla bla...bila tanya pasal pas, diorang kata..pemarah, agresif bla bla bla..dan soalan bonus aku kena dari diorang "Islam ajar mcm tu ker?" korang boleh bayangkan tak kalau Nabi Muhammad selaku idola aku dengar persoalan mcm tu? kompom menangis..sedih sbb org salah paham dengan apa baginda ajaq

korang nak berdakwah, tunjuk la keperibadian kita..tengok mcmana Nabi berdakwah..walaupun baginda pembangkang di Mekah..ada x baginda atau para sahabat atau watak2 sampingan yang lain baring atas jalan?buat riot(rusuhan bg yg buat xpaham BI), atau apa2 tindakan yg agresif yang korang buat tu atau apa2 yang menyamai dengan tindakan korang tu

kalau korang rasa aku sokong umno korang salah sama sekali..aku cakap benda ni sbb aku sayangkan agama aku sahaja..aku tanak sbb org gila politik mcm korang merosakkan nama agama Islam yang indah, hensem, kacak, menarik tertarik kau memang the bomb ni busuk bertambah busuk..dengan propaganda yahudi tak sedar dek untung tu yang Islam ni pengganas..

kamon la...
kalau lepas ni ada org yang masih maki-maki aku..kata aku kafir ke, ape ke..nampak sah korang tu tak paham apa yang aku sampai kan..aku syorkan korang pegi baca blog2 yang puji perjuangan korang...

blog ini hanya kepada org yang suka berfikir bukanya puppet yang hanya menjaja Al-Quran dan Hadist utk menyokong pandangan mereka(syoq sendiri)

P/S: aku dah nampak ura2 Malaysia akan jadi seperti Thailand..rusuhan merata2..dan kalau ini berlaku kat sini..korang tengok..manusia berkopiah la paling banyak..Islam konon..heh

Wednesday, May 6, 2009

Pemikiran Kreatif

Aku sebenarnya sangat obses dengan pemikiran ni..aku suka kaji pasal otak..kengkawan aku pun hairan dengan aku, kadang2 aku bersembang dengan org gila..bukan per, aku cuma mendalami cara mereka berfikir..korang tahu tak, org gila sebenarnya jauh lebih kreatif dari org normal mcm kita ni..itu pun kalau korang mmg normal la...diorang tu kalau merapu, ades..tak terpikir dek IQ aku yg bernilai 120 ni..dari situ aku nampak 1 benda...

otak kita sebenarnya kreatif tetapi kita yang memhalang otak kita..kononya utk berfikir siuman..benda ni sll di canang oleh PM kita..think out the box...fikir luar dari kotak pemikiran kita...aku bg contoh la kan...

ramai org cari siapakah Imam Mahdi (saja aku buka topik ni...nak bg femes dimata pemerhatian akhir zaman..hahahaha)..ikutkan..nama IM sama dengan nama Rasullah, dapat hidayah semalam ja..dulu dia org biasa pas dapat hidayah dia jadi IM...dia pun tak tau dia tu IM..bila org lantik dia sebagai IM..berkali2 dia tolak sbb bg dia, dia tak layak...IM ni dajjal cari sampai ke sudah tak dapat...kalau ikut kan pemikir2 yang biasa aku jumpa..diorang kata IM ni remaja Islam yang biasa..dengar lagu, main footsal, main dota, minat kereta spot, tengok wayang,pening kepala dengan final exam(kalau ada), main kawen2 masa kecik2 dan lain2...

Ikut pada pemikiran luar kotak aku ni...IM ni mungkin mualaf...ye la, nama Rasullah ialah Muhamad Bin Abdullah...skarang ni mana nak cari nama org Abdullah, anak dia Muhammad? kalau ada pun..dah lama la konco-konco dajjal buta sebelah mata tu dah bunuh atau buat onar kat dia..jadi, di sini kalau ada org kafir masuk Islam a.k.a mualaf..diorang akan diberi nama bapa angkat iaitu Abdullah...dan mungkin sorang dari mualaf tu peminat setia Nabi Muhamad dia pun letak nama dia Muhamad..jadi la Muhamad Bin Abdullah...kena plak dia tu dulu baik cuma bukan Islam..dia plak masuk Islam dalam masa sehari je..hehe mesti la mengucap je..bukan kene guling2 atas lantai selama 48 jam..dulu dia kafir, mesti la dajjal cari pun takkan jumpa..pastu bila org lantik dia jd IM, dia kata dia tak layak..ye la, sbb dia tu mualaf...mesti rasa penuh rendah diri..lg pun xda orang sangka dia tu IM..kepada orang Islam yang rasa dia IM...hentikan la perasaan korang tu...ingat, IM pun tak sangka dia IM..kalau korang rasa korang IM..terang2 korang bukan IM..aku plak tak rasa aku ni IM(kira ada can lagi la) hahahahaha

ahhh..bukan tu aku nak sampaikan...yang aku nak sampaikan cara berfikir..kita berfikir benda2 yang orang lain tak terfikir..mcm org-org gila di luar sana...mereka berfikir dengan cara yang aku pun tak terpikir...setiap orang gila mempunyai cara2 berfikir yang berlainan sama sekali(bahasa baku)..tu yang wat aku geram..kalau manusia normal, senang2 jer aku baca pemikiran diorang..korang datang la dengan perangai ape pun..sekali imbas aku leh tahu perangai korang, cara berfikir dan lain2..tapi bila mai orang gila,aku tewas...aku pun tak tau cara diorang berfikir..terlampau kreatif..mungkin mereka telah berjaya masuk ke minda separa sedar
sbb tu la kot diorang tak kurus walaupun makan xterurus..sihat memanjang walau kena hujan panas..tak demam..tak sakit..

jadi aku pun buat hipotesis baru..garisan sempadan antara minda separa sedar dan minda sedar adalas kewarasan..

ok la..aku bagi cara2 untuk bermain dengan minda...korang kena sll berangan2..kalau nak p beli barang kat kedai..kat umah tu korang berangan siap2..barang apa..harga berapa..bentuk mcmana2..lagi detail..lagi bagus..ini utk latih otak sebelah kanan kita..kalau kita malas nak buat..suruh anak2 kita buat..kasi diorang cerdik..latih IQ diorang..akal ibarat pedang, ilmu ibarat pengasah..kalau pedang dah cukup tajam..senang je nak asah nnt..guna p la batu asah papa pun..leh jd punya

ingat..yang membezakan kita antara binatang adalah akal..kalau kita tak bijak menggunakan akal kita..kita sama saja dengan binatang...orang Melayu sebenarnya bijak...kalau tak bijak, masakan Melaka, Kedah, Terengganu boleh jadi kerajaan digeruni? yang membodohkan kita adalah penjajah..

satu cara paling senang utk melatih supaya kita bijak...hari2 lepas bangun tidoq kata "aku bijak 50x"

buat selama seminggu..rasai lah perubahanya..kalau tak bijak juga..buat 100x..kalau tak bijak jugak..buat solah hajat..solat hajat bukan utk benda2 yang penting je k...dah nama hajat..kalau korang nak dapat awek lawa pun pakai solat hajat pun boleh..lagi baik kita mintak bantuan kepada Allah dari mintak kat org lain..

Sunday, May 3, 2009

Antara Punca-Punca Maksiat

hermm...maksiat, satu perbuatan sah-sah berdosa yang best utk dibuat (kalau tak best buat apa diorang buat kan?)

skarang ni ramai ibu bapa pakcik makcik tok tokwan nenek atuk dan sesiapa saja risau dengan kelakuan anak mereka..dengan sintom 3gp yg berleluasa,sintom rempit yang tunggu masa makan jalan tar dan sintom2 yang lebih teruk dari sintom2 selsema burung,babi,khinzir,labi-labi darat, mentibang laut, kumbang terbang atau apa saja binatang yang terlintas di minda korang..

mari kita mengkaji punca-punca maksiat yang xglemer di mata manusia normal..

giler korang , hantaran kalah deposit beli kereta.....apa la...jenuh la jantan mcm aku ni nak cari duit...gaji brapa..tolak makan,minum, duit kat mak, bil elektri, sewa umah, blanja awek no 1, 2, 3, dan 4...dan pelbagai belanja minor atau major..korang tengok ler, zaman dulu..kawen umur 18..zaman aku ni..kawen umur 23 kira dlm kategori normal lg...korang tahu x(mesti la tak tahu sbb aku tak cerita lg) hahaha...kita umur 17 pun dah gatai nak ada awek...ni belum zaman millenium lagi..dengan dakyah2 yahudi dengan jayanya mendidik anak kita menjadi penagih seks hanya menggunakan tv...budak2 umur 12 pun tahu apa tu seks...aku masa umur tu tau main bola, guli, mandi hujan...budak2 skarag umur 12 dah ada aweks...perghh..matang cepat sangat...terbantut baru tau..hahaha

jadi bila pikir balik, sepatutnya kita kawen umur 20 an..bukan mcm sekarang..disebabkan hantaran tinggi melangit..tak terdaya nak membeli terpaksa tangguh kawen..ke tahun nnt..tp gatai nak merasa nikmat kawen, nak dirasai belaian mersa si pasangan..jadi ada la maksiat murahan..dalam keta, tepi pantai, atas moto, dlm felda dan tempat2 yang tidak dikunjungi oleh manusia normal...disini aku nobatkan hantaran terlalu mahal sebagai punca-punca maksiat...hahaha ( alo bakal mak mertuaku, jikalau bakal bonda terbaca artikel ni..kurang la sikit hantaran nnt yer atau dengan lebih iklas, tak yah le letak hantaran..kasi free) wakakaka

antara sebab lain...naik kawin sikit punca ssh...nak kena kursus 5 hari dengan harga berapa ratus tah...nak buat kenduri makan duit mahal giler..talam hantaran mahal kalah harga tokey telekom..dah la kursus tu tak da papa sgt..cakap2 jer..bg penerangan dan nasihat...last last bercerai berai gak...korang pikir dengan menyusahkan org nak kawen, maka kes cerai akan kurang? memang la kurang sbb tak ramai yg kawen..pastu muncul la anak2 yang ber bin dan bintikan Abdullah dijumpai di dlm tong sampah, tepi masjid dan lain2...kalu agama lain senang jer kawen (kecuali cina)...disini juga aku nobatkan ssh nak kawen punca maksiat di negara kita..horray



rasuah berleuasa, apabila penguatkuasa agama pun meminta utk diberi rasuah(tak takut azab neraka ke abg oi?)...malas nak komen

tempat nak bermaksiat banyak..ada taman tepi tasik, cuba buat taman tepi kubur..kasi motivasi kat org maksiat yang mati dekat sangat dekat kita..tak de maksiat kat situ punya la..kalau ada gak..kena abaikan faktor ni..

tak da sifat kejiranan..buat rakan tetangga jaga tempat tu...orang kat Malaysia ni kurang sifat kejiranan yang sll Rasullah tekankan..kenapa zaman dulu xbanyak maksiat, sbb jiran diorang kepochi, kacau tepi kain org..zaman kita? tengok anak jiran tengah beromen pun buat bodo jer..sbb ape, kalau cerita kat mak dia pun, kita kena maki..

tv melampau2..sikit2 cium, peluk, tengok dah la AF( sorry beb, aku anti habis dengan AF ni..kalau anak aku masuk, nescaya aku balik dia dengan batu bata masa dia wat konsert) dengan seksinya..peluk antara bukan muhrim..menyanyi, tayang bodi kat org supaya dapat undi..betapa murahnya maruah diorang..geram aku bila cakap pasal AF..rasa mcm nak bakar jer Astro tu dimana owner dia adalah kafir..mesti la dia suka tengok anak2 Islam hancus dan pada masa yang sama, dia dapat duit..

kurangnya didikan agama..punca ni femes..tak mau ulas..

pemakanan..bila kita makan benda haram, atau pun haram tp kita tak tau..hati kita jadi keras..ssh dengar cakap..degil...jadi..pegi ke kedai2 yang betul2 diyakinin..kalau tak yakin gak..masak sendiri..

aku malas nak salahkan siapa..kalau kata salah ibu bapa, kita juga ibu bapa(kepada anak), kalau salah guru, kita juga guru utama(kepada anak)..salah jiran? kita gak jiran ( kepada anak jiran), salah masyarakat kerana tak tegur? kita juga adalah masyarakat...jadi apabila org menyalahkan org lain secara tak lansungnya dia salahkan diri sendiri..

apa harus kita buat utk mencegah? kita ubah punca2..jika hantaran mahal kasi murah dan lain2...