Wednesday, June 17, 2009

Hang Tuah

Bila cerita pasal Hang Tuah..ramai kata Hang Tuah ni bodoh, tak kenang budi Hang Jebat, setia tak bertempat, bla bla bla

apa yg aku dapat nampak antara Hang Tuah dan Hang Jebat..terselit 1 pengajaran lain..

Hang Jebat membawa jalan keduniaan dan Hang Tuah membawak jalan ketuhanan..

ilmu ketuhanan dimana kita sebagai hamba tak boleh melawan atau ingkar dengan kehendak tuanya..dalam ilmu ketuhanan juga, kita tak boleh menjawap atau bertanya (seperti Nabi Khidir dan Nabi Musa)..kita hanya boleh ikut sahaja kehendak tuan..

kita tengok Hang Tuah..walaupun dia tak nak, tak suka, benci, meluat atau apa saja perkataan yang sesuai dengannya..Hang Tuah ttp buat kerana itu adalah perintah sultan atau tuan dia..

so aku cuba kaitan dengan keadaan kita skarang ni...walaupun apa perintah tuan kita (Allah) kita kena patuh walaupun kena bunuh kawan baik sendiri atau korbankan awek kita atau kena buang bantal busuk atau terpaksa mandi dalam ais ketul..sedangkan Nabi Ibrahim boleh sembelih anak dia ( pastu ditukar jd binatang) inikan kita hanya kena sembahyang subuh pun merekot dalam selimut ...jadi kalau dalam bab ketuhanan, Hang Tuah betul dan Hang Jebat salah..

kita lihat segi Hang Jebat..bawak ilmu keduniaan..ilmu keduniaan ni ilmu difikir dengan akal...jika guna akal, aku pun mengamuk bila kawan baik boleh kata abg sendiri tak pasal2 kena bunuh sbb nafsu sultan...tp aku mengamuk dalam game la sbb aku tak reti silat2 ni..hehe

ikut akal plak..Hang Jebat betul dan Hang Tuah salah sbb taat tak kena tempat..

kalau kita duduk pada ilmu ketuhanan kita kata Hang Tuah betul dan jika duduk pada ilmu keduniaan kita kata Hang Jebat betul..

soalannya, siapa yg sebenarnya betul?

kalau 2 2 puak (ilmu ketuhanan dan keduniaan) bercakap, mmg sampai mati pun tak tahu siapa betul..ye la, masing2 dengan pendapat masing2..tanak terima pendapat org lain..

kalau tanya pada aku..aku cakap 2 2 betul dan 2 2 salah...Hang Tuah betul sbb dia ikut perintah tuan dia ttp dia salah sbb tuan dia adalah Allah bukanya sultan..dia kena ikut cakap sultan selagi tak bercanggah dengan perintah Allah ( ada 1 cerita yg sultan hantar Hang Tuah pergi majapahit utk lawan dengan pahlawan mereka..dikatakan pahlawan majapahit gagah sebab minum arak tetapi stady je..tak mabuk2..so utk menang dengan pahlawan tu, Hang Tuah minum gak..mujur tak mabuk..klu mabuk wat rugi je..dah la dapat dosa, kena marah dengan sultan lagi)

pegangan Hang Tuah dah betul tetapi silap tempatnya..

Hang Jebat plak betul sbb dia memperjuangkan haknya tetapi dengan cara yg salah..dengan membunuh org tak berdosa..dalam hudud, hukuman utk pembunuh ialah bunuh pembunuh tu melainkan dimaafkan org keluarga yg mangsa..jadi kalau nak balas dengam gak..pegi bunuh sultan..bukanya sesuka suki bunuh rakyat..

pegangan Hang Jebat betul tapi salah pada caranya

jadi..kita tengok pada kedua dua aspek..jangan hanya pandang pada pandangan kita sahaja..kalau kita nampak roda tu bulat, org sebelah nampak petak..kita tak boleh kata kita betul dan dia salah..macam aku kata, hak masing2..

tapi kalau korang suruh aku pilih gak, aku pilih Hang Tuah..sbb patuh pada tuan dia

apa yg penting (bkn kerjasama) tetapi ikut perintahNya..

korang ingat dengan pahala lebih dari dosa boleh masuk syurga?ada sahabat yang tak sempat sembahyang pun masuk syurga..sbb berperang...ada imam yang berpuluh2 tahun menabadikan diri pada Allah masuk neraka sbb bunuh, rogol dan syirik

apa yg Allah nak pada kita adalah PATUH kepada perintahnya..sbb tu org demam pun kena sembahyang..org pekak pun kena sembahyang...Allah hanya nak kita patut pada perintahNya sesusah mana pun keadaan kita...pahala, sempurna atau tidak amalan kita ( haaa..ni utk org ngelat sembahyang dengan alasan takut tak sempurna sembahyang) Allah tak kira...janji korang buat perintahNya dengan iklas dan patuh..itu jer..kenapa perlu kita tunggu ilmu tinggi baru nak ikut perintahNya?

kalaulah ikut kesempurnaan, kenapa mualaf dapat baca fatihah pun sah sembahyangnya? sesetengah tu baru hafal 1 ayat jer...

Ingat, Islam itu mudah...buat takat mana mampu dengan iklas..

Friday, June 12, 2009

Buat bangsaku ( the beginning )

kepada yang racist2 tu..ni ada story baik punya...hanya utk org yang tak sedar diri..

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payahsemenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh... sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.

full credit for www.isuhangat.blogspot.com

tanah aku, tempat aku..dah kasi muka naik atas kepala..jangan parang terbang datang lagi okay..

ni aku kasi puisi keramat Melayu..enjoy

Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat berbini empat,
Tongkat Ali jamu khasiat.

Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu, bumi bergegar.

Orang Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Melayu mengamuk, jihad sabilillah!!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultanannya hebat,
Tujuh bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat!!

Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi (saw) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berekat,
Di akhir masa, ramai wali hebat.

Bangsa Melayu bangsa hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (saw) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.

Bangsa Melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah, barakah, jadi pakaian.

Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
"Wa’ad" Melayu jangan disanggah,
Sanggah wa’ad, mendapat ‘tulah’.

Tanah Melayu pernah berekat,
Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak mendapat tempat,
Bumi bertuah, terbilang sejagat.

Bumi Melayu pernah berekat,
Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah & pondok merata tempat,
Menjana insan unggul dan hikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi, itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi (saw), penuh keramat.

Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,
Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.

Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana sedunia,
Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.

Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratannya,
Syair seloka sungguh indahnya,
Pertukangan, sulaman, tiada taranya.

Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.

Bangsa Melayu usah alpa,
Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu enam kurun lamanya,
Menyimpan sejarah nenek moyang kita.

Orang Melayu usah goyah,
Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh menebar fitnah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,
Namun Melayu termasuk jerat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu sebenarnya berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,
Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhnya bertalu-talu,
Sehingga bangsa menjadi terkedu.

Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,
Akhirnya Melayu, mendapat ‘tulah’

Sekian lama Melayu jadi sasaran,
Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,
Mungkinkah tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingatlah pesanan junjungan Rasulullah (saw),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umarak ulamak kuncinya terletak!

Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya
‘Takkan Melayu hilang didunia’!!

Sahabatku dan saudaraku...renungilah puisi ini..