fuh, lamanya aku tak update blog,sah aku ni penulis blog termalas sekali..kekeke sempena Maulidur Rasul ni aku tergerak untuk update blog aku dengan satu cerita.
pada pembaca baru, ini bukan blog tentang kucing yer..harap maaf..
Aku ni sebenarnya seorang yang suka mempersoalkan sesuatu, dulu aku pernah terfikir, kenapa perkataan pertama diwahyukan kepada Nabi Muhamad S.A.W adalah Iqra' (bacalah)..kenapa pertama sekali Allah S.W.T menyuruh Nabi Muhamad baca dahulu? bukan patutnya memperkenalkan diriNya? kalau difikirkan logik, perkara pertama aku ajar anak aku adalah "papa, mama" atau dengan bahasa lebih mudah difahami adalah dengan memperkenalkan diri aku pada anak aku. tapi kenapa Allah suruh Baginda baca dulu? ada apa dengan baca?
pendek kata..dengan membaca dapat ilmu, tak kisah baca apa pun..kalau baca komik Dragon Ball, dapat la ilmu tentang ilmu sejenak. kalau baca Doremon, dapat la ilmu pasai poket dia yg ada barang yang melangkaui hukum alam. dan kalau baca buku porno, dapat la ilmu pasal anatomi manusia..hehe aku tipu je, sebenarnya dapat la nafsu membuak2 dan hasilkan melepaskan genetik-genetik X dan Y ke tandas (atau katil untuk segelintir orang)
apa yang penting sangat dengan baca sampai pengenalan tentang diriNya pun diletakkan nombor 2 or 3 dan yang pasti bukan 3 suku..mesej yg hendak disampaikan ialah Ilmu..Ilmu sangat penting..dari 'bacalah' Islam berjaya berkembang sehingga harini (tp pendapat aku Islam makin mengecut pada zaman ni)
so aku pun pergi cari Ilmu, aku tinggalkan Allah, aku tak mencariNya lagi..macam-macam aku belajar,dari matematik sampaila ke besarkan zakar(time tu aku nak kawen maa) dan akhirnya bila aku rasa aku dah cukup Ilmu ( Ilmu tak pernah cukup yer tuan-tuan dan puan-puan) aku kembali mencari Allah..dan hasilnya sangat menakjubkan (mcm iklan FAB bila baju direndam dan dibilas)..aku makin mudah mengenalNya, melihat hubung kait antara Allah S.W.T dan alam..Alhamdulillah..malah aku makin yakin pada Allah S.W.T
dulu masa aku mencari Allah S.W.T, aku tak seyakin macam sekarang ni. betulah orang kata, Knowledge is king and king might not knowledgeable. yer la, king kong pun king per..dan punca umat Islam ketinggalan pada zaman sekarang ialah kekurangan Ilmu, ketinggalan berjarak di belakang dari orang lain..apakah kita sudah lupa perkataan pertama diturunkan ialah baca? berapakah purata membaca di Malaysia? 1-2 buku setahun? pergh..kalau korang boleh khatam baca komik naruto 20 helai seminggu ( sbb dia kluar banyak tu je)..ni belum kira komik lain mcm One Piece, Bleach bla bla bla.. takkan ka tak leh luang masa baca buku yang berilmiah. baca la buku "Berani Gagal" ke, buku "Blink" ke or buku favorite aku "generation X and Y"..
disini aku sarankan korang semua pembaca untuk menimba Ilmu, aku tak kisah la Ilmu apa, nak belajar Ilmu mengurut ke, membelasah orang ke, membaiki paip ke, potong rambut ke, asalkan ilmu itu bermanafaat pada manusia sejagat. Selalunya Ilmu tu tak berguna sekarang tapi berguna dimasa depan.. Ilmu tu pun pelaburan beb.
dan sekarang aku dah faham, kenapa Allah S.W.T suruh Baginda membaca dahulu, bukanya main bola, paint ball etc. kerana tanpa Ilmu kita tak boleh buat apa-apa..tanpa Ilmu kita susah untuk mengenaliNya, tanpa Ilmu kita sama mcm binatang (sbb tak pakai akai).. dengan Ilmu kita boleh mencerahkan sesuatu dengan gelap (pakai la mentol atau tanglung) dengan Ilmu la kita boleh dapat rezeki, dengan Ilmu kita boleh dapat rahmat Allah, dengan Ilmu ... argh pandai2 la korang fikir, takkan aku nak suap semua.. janji apa yang aku nak cakapkan ni sampai ke minda korang cukup..
teruskan membaca, jangan ingat kita dah cukup pandai.. jadilah Umat Islam yg berkualiti, bukan berkuantiti (lemak banyak, malas bersukan)
P/S : Allah menzahirkan diriNya melalui tanda-tanda kebesaranNya, tanpa Ilmu bagaimana untuk kita melihatnya?
eh, mcmana nak letak gambar kat sini yer? aku dah lupa la...nampaknya kena teruskan membaca...