Wednesday, May 6, 2009

Pemikiran Kreatif

Aku sebenarnya sangat obses dengan pemikiran ni..aku suka kaji pasal otak..kengkawan aku pun hairan dengan aku, kadang2 aku bersembang dengan org gila..bukan per, aku cuma mendalami cara mereka berfikir..korang tahu tak, org gila sebenarnya jauh lebih kreatif dari org normal mcm kita ni..itu pun kalau korang mmg normal la...diorang tu kalau merapu, ades..tak terpikir dek IQ aku yg bernilai 120 ni..dari situ aku nampak 1 benda...

otak kita sebenarnya kreatif tetapi kita yang memhalang otak kita..kononya utk berfikir siuman..benda ni sll di canang oleh PM kita..think out the box...fikir luar dari kotak pemikiran kita...aku bg contoh la kan...

ramai org cari siapakah Imam Mahdi (saja aku buka topik ni...nak bg femes dimata pemerhatian akhir zaman..hahahaha)..ikutkan..nama IM sama dengan nama Rasullah, dapat hidayah semalam ja..dulu dia org biasa pas dapat hidayah dia jadi IM...dia pun tak tau dia tu IM..bila org lantik dia sebagai IM..berkali2 dia tolak sbb bg dia, dia tak layak...IM ni dajjal cari sampai ke sudah tak dapat...kalau ikut kan pemikir2 yang biasa aku jumpa..diorang kata IM ni remaja Islam yang biasa..dengar lagu, main footsal, main dota, minat kereta spot, tengok wayang,pening kepala dengan final exam(kalau ada), main kawen2 masa kecik2 dan lain2...

Ikut pada pemikiran luar kotak aku ni...IM ni mungkin mualaf...ye la, nama Rasullah ialah Muhamad Bin Abdullah...skarang ni mana nak cari nama org Abdullah, anak dia Muhammad? kalau ada pun..dah lama la konco-konco dajjal buta sebelah mata tu dah bunuh atau buat onar kat dia..jadi, di sini kalau ada org kafir masuk Islam a.k.a mualaf..diorang akan diberi nama bapa angkat iaitu Abdullah...dan mungkin sorang dari mualaf tu peminat setia Nabi Muhamad dia pun letak nama dia Muhamad..jadi la Muhamad Bin Abdullah...kena plak dia tu dulu baik cuma bukan Islam..dia plak masuk Islam dalam masa sehari je..hehe mesti la mengucap je..bukan kene guling2 atas lantai selama 48 jam..dulu dia kafir, mesti la dajjal cari pun takkan jumpa..pastu bila org lantik dia jd IM, dia kata dia tak layak..ye la, sbb dia tu mualaf...mesti rasa penuh rendah diri..lg pun xda orang sangka dia tu IM..kepada orang Islam yang rasa dia IM...hentikan la perasaan korang tu...ingat, IM pun tak sangka dia IM..kalau korang rasa korang IM..terang2 korang bukan IM..aku plak tak rasa aku ni IM(kira ada can lagi la) hahahahaha

ahhh..bukan tu aku nak sampaikan...yang aku nak sampaikan cara berfikir..kita berfikir benda2 yang orang lain tak terfikir..mcm org-org gila di luar sana...mereka berfikir dengan cara yang aku pun tak terpikir...setiap orang gila mempunyai cara2 berfikir yang berlainan sama sekali(bahasa baku)..tu yang wat aku geram..kalau manusia normal, senang2 jer aku baca pemikiran diorang..korang datang la dengan perangai ape pun..sekali imbas aku leh tahu perangai korang, cara berfikir dan lain2..tapi bila mai orang gila,aku tewas...aku pun tak tau cara diorang berfikir..terlampau kreatif..mungkin mereka telah berjaya masuk ke minda separa sedar
sbb tu la kot diorang tak kurus walaupun makan xterurus..sihat memanjang walau kena hujan panas..tak demam..tak sakit..

jadi aku pun buat hipotesis baru..garisan sempadan antara minda separa sedar dan minda sedar adalas kewarasan..

ok la..aku bagi cara2 untuk bermain dengan minda...korang kena sll berangan2..kalau nak p beli barang kat kedai..kat umah tu korang berangan siap2..barang apa..harga berapa..bentuk mcmana2..lagi detail..lagi bagus..ini utk latih otak sebelah kanan kita..kalau kita malas nak buat..suruh anak2 kita buat..kasi diorang cerdik..latih IQ diorang..akal ibarat pedang, ilmu ibarat pengasah..kalau pedang dah cukup tajam..senang je nak asah nnt..guna p la batu asah papa pun..leh jd punya

ingat..yang membezakan kita antara binatang adalah akal..kalau kita tak bijak menggunakan akal kita..kita sama saja dengan binatang...orang Melayu sebenarnya bijak...kalau tak bijak, masakan Melaka, Kedah, Terengganu boleh jadi kerajaan digeruni? yang membodohkan kita adalah penjajah..

satu cara paling senang utk melatih supaya kita bijak...hari2 lepas bangun tidoq kata "aku bijak 50x"

buat selama seminggu..rasai lah perubahanya..kalau tak bijak juga..buat 100x..kalau tak bijak jugak..buat solah hajat..solat hajat bukan utk benda2 yang penting je k...dah nama hajat..kalau korang nak dapat awek lawa pun pakai solat hajat pun boleh..lagi baik kita mintak bantuan kepada Allah dari mintak kat org lain..

16 comments:

  1. Orang kata kalau nak kreatif mesti genius..
    Syarat menjadi genius otak dia mesti gila2 cam jin (genie)..dan jin yg paling cerdik banyak kat us (Amerika la)..oleh itu:

    jin + us =jinius=genius

    ReplyDelete
  2. salah..ikut skala..org paling tinggi purata IQ adalah jepun..walaupun genius tp tak berusaha boleh kalah pada org yg berusaha

    orang paling genius adalah orang genius dalam xkenal erti putus asa...
    YAKIN pada diri sbb itu YAKIN adalah satu tenaga yang sangat kuat..

    ala tok PA...buat buat tak tau plak..hahahaha

    ReplyDelete
  3. Haha..sejak2 akhir2 ni ramai yg berlomba2 'bocorkan' rahsia ketuhanan..jangan2 retak & bocor alam n bumi ni sudah la..inilah tanda2 kiamat..betul tak Prof Kumbu?

    ReplyDelete
  4. diorang hanya mainkan peranan diorang...kalau ada org yang tahu rahsia pastu main2kan rahsia tu..itu hak dia..sapa yang tahu, pastu dok diam2..itu hak dia..

    tanda ke x..apa yg pasti..kiamat pasti akan tiba..tak besar, kiamat kecik (mati)

    ReplyDelete
  5. Dalam pengembaraan astral ku baru2 ini, aku telah berjumpa dengan seorang buddha. Kami berborak panjang.. Mengikut perkiraanku, lebih 7 hari kami berdialog. Berikut apa yang dapat aku kongsikan bersama :

    Buddha tersebut memberitahu bahawa alam dunia kita ini beserta galaksinya hanyalah seketul batu kecil dari ribuan batu2 yang melekat di seliparnya shj.. Hal yang sama juga berlaku tatkala beliau dikunjungi seorang sami satu ketika dulu yang mengatakan bahawa dunia si buddha tersebut pula adalah satu dari trilion pasir yang disimpan oleh sami tersebut di dalam sebuah tempayan.. Begitulah selanjutnya.. Dunia di dalam dunia di dlalam dunia berlapis-lapis sehingga infiniti..

    Katanya lagi kepadaku, kamu tidak sekali2 akan menjumpai dunia yang sebenar / dunia yang pertama walau jutaan kali kamu dihidupkan untuk menerokai sekelian alam kerana wujud sekelian dunia ini pada hakikatnya adalah kosong.. Aku terfikir, ada benarnya kata2 beliau.. Saintis juga sebenarnya buntu dalam kajian atom, subatom dsbg, hingga kekosongan juga yang mereka jumpa.. mereka hanya dapat mengistilahkan sebagai dark energy shj..

    Aku bertanya bagaimana beliau boleh menjumpai aku di dunia ini.. Jawabnya, tatkala beliau membuang batu2 kecil yang melekat diseliparnya, beliau terlihat satu cahaya yang berkilau2 pd salah sebiji batu tersebut.. lalu beliau ambil dan lihat sepuas-puasnya.. Maka itulah beliau terheret ke sini ( dunia ini ) melalui jalan cahaya tersebut hingga kami berdua bertemu.. Dia menjelaskan bahawa adapun, wujud saya adalah atas wujudnya dan wujudnya atas wujud dan atas wujud dan atas wujud yang tidak terkira, berlapis2 juga.. infiniti yang semuanya datang dari satu wujud mutlak yang kosong.. Wujud yang tak terlahir dan tercipta.. Aku mendengar penuh kebingungan, namun dalam kekonfiusan tersebut aku dapat pula memahami dan mengingati setiap baris kata2nya.. Beliau melanjutkan lagi tazkirahnya.. Katanya, keberadaan yang sebenar adalah kekosongan.. Katanya inilah intipati surah Al-Ikhlas.. Tiada sebarang sebab dan akibat mahupun sebarang paksaan atau hambatan terhadap seluruh wujud maya ini kerana tiada kewujudan untuk dinisbahkan pada sesuatu wujud lain.. Segalanya karam dalam kekosongan yang tunggal ( ASA ).. Aku hanya mampu berdiam diri seolah-olah dikakukan dari terus berhujah atau bertutur...
    Sebelum beliau pulang meninggalkan aku, beliau sempat memegang tgnku sambil membuka kedua2 telapak tgnku ( seperti menadah ) lalu disatukan telapak tangannya dengan telapak tgnku.. Kulihat satu cahaya putih berkilau2an memancar keluar diantara kedua tapak tangan kami dan seterusnya melimpah hingga meneggelami kami berdua.. disitulah akhirnya pengembaraanku... Aku tersedar kembali... Hairan, kerana bilikku waktu itu teramat sejuk mcm pasang aircond 16C.. Walhal kipas pun tak terpasang.. aku tgk jam, rupanya baru 5 minit je barlalu dari start aku duduk untuk beramal... Tak jadi nak sambung beramal... terus masuk bilik tidur..

    Sekian cerita dongengku.. Jgn disalahtafsir pula kisah ini.. Tiada kaitan dgn mana2 agama dan sesiapa juga ( yg hidup atau yg dah mati ).. Tiada paksaan untuk percaya.. Sebab aku pun tak percaya.. Mungkin terlalu letih bekerja... hahaha

    ReplyDelete
  6. Buddha tu bukan Gautama Buddha tp Bapa Ruh asal alam ni..Itupun Aku juga tp yg dah lama merentasi alam maya. Tapi dipastikan atau tak asal-usul Buddha/entiti yg datang tu..mesti ada sbb & tujuannya serta hajat..???

    ReplyDelete
  7. buddha yg putera raja yg jadi patung ikon satu dunia tu siddartha gautama buddha.aku la tu..,hensem mcm aku.extreme mcm aku.

    ReplyDelete
  8. Murid_kena_SumpahMay 9, 2009 at 5:39 PM

    Jeng2

    ReplyDelete
  9. Murid_kena_SumpahMay 9, 2009 at 5:40 PM

    Kreatif sangattt la tuuuu

    ReplyDelete
  10. Murid_kena_SumpahMay 9, 2009 at 5:41 PM

    Sbb tak dpt jumpa Nabi Mohammed maka dicarinya Buddha.Apa la jenis makhluk ni???

    ReplyDelete
  11. hahaha..aku kenal ko Murid_kena_sumpah...apakata ko letak jer nick ko yang betul2...beranikan diri luahkan pendapat sendiri..jangan la takut pada bayang-bayang sendiri..hahahaha

    kalau takut dilambung ombak,
    duduk la diam diam dalam hutan,
    kalau takut dikata tiada otak,
    jadilah batu ditepi jalan.

    hahahaha

    ReplyDelete
  12. Murid_kena_SumpahMay 10, 2009 at 1:22 PM

    nanti kena sumpah lagi..

    ReplyDelete
  13. bila masa aku cari buddha?hahaha...aku kata hensem mcm aku.extreme mcm aku.
    di mana sahaja kamu mengadap di situ wajah ALLAh.
    faham elok2...

    ReplyDelete
  14. jadi ahlul bait nabi tu seorang yg bukan muslim la mule2 ek..bole kasi klue lagi x sbb kalau da ahlul bait dr nabi junjungan kiter makne nye keturunan yg baik dan menjga islamnya sehingga sampai la ke IM..oh berfikir tu elok tapi saya rasa awak da bukan berfikir guna otak tapi nafsu dan logik akal,ingat logik akal dah menjurus ke atheis,mana sunnah mana kitab suci Al Quran,tlg lampirkan sekali bagi menyangkal dakwaan saya sekian.

    ReplyDelete
  15. Releks la Anonymous(bkan nama sebenar)he!! kan kucing budak baru nak belajar.Sitiuasi dan takdir seseorang tu berbeza-beza cth si M(bkan nama sebenar lagi)bkan gak Dr M .Cth Mak ngan ayah M bkan jenis berasal dari kluarga yang kuat agama duduk kat kawasan bandar nak belajar ilmu agama pon susah kwn sume kaki enjoy .Tapi M x salah kan dorang atau takdir bg M lagi susah nak cri ilmu lagi lah bertambah kuat.Jadi x banyak maklumat agama yang M tau seperti kucing baru nak belajar.sekali M salah betulkan je la.yang ada ilmu terus kondem cop jahat M ckp guna nafsu la x ikhlas la.
    kite x bleh suka jek cop orang tu pk guna nafsu..atau sesat bkan kite yang menilai sama ada ikhlas atau tak.Btul x kucing?mioww..he :)Klau ade kurang sama sama ber bincang elok-elok bkan kondem jek(cri kesalahan orang lain)tapi elok gak ade pembangkang cam dr M..cakap ade gak la cermin utk diri..klau x syok sdri..aku still pembangkang haha!

    ReplyDelete
  16. kalau akal?athies kalah la bang..

    pakai kebarangkalian je dah kalah...

    aku bukan cakap pakai nafsu tp cakap bernafsu..kira mcm semangat la...aku bg contoh pemikiran kreatif je...contoh lagi:kalau aku kata Dajjal menyamar jd Imam Mahdi mcmana?

    sbb kalau aku la Dajjal, aku menyamar je jd Imam Mahdi..senang sket org fanatik ikut..

    dan diulangi tadi hanya contoh

    ReplyDelete