Sunday, November 15, 2009

Kenapa??!!

sll gak org jumpa aku..bila ada masalah..kenapa?! ada ja problem, kenapa!! ada ja musibah, kenapa!! kenapa aku jd mcm ni, kenapa tuhan pilih aku, kenapa tak cari orang lain, kenapa dlm 8 bilion manusia dlm dunia ni(dan makin bertambah) aku gak terpilih eksiden dengan lori padahal ada berjuta2 kebarangkalian utk eksiden dengan benda lain..dan lain2 soalan yg sama waktu dan nada denganya

well..ada 2 cara nak jawap utk soalan ni..cara lembut dan cara kasar..

mcm biasa kalau cara lembut,leceh dan panjang..contoh : "ada hikmah disebaliknya, Allah sayang kat ko, tu yg dia kasi ko eksiden dengan lori..tanak ko merempit dah..kalo Allah kasi eksiden dengan bola, sok lusa ko rempit balik..kalo kasi eksiden sampai goal, tak sempat taubat..bla bla bla"

dan cara kasarnya yg selalunya pendek dan eat inside"dah ko tu hamba sukahati tuan ko la nak ko buat apa2 kat ko..ok la Dia bg ko jadi manusia, merasa nak bawa moto..kalau Dia bg ko jd siput babi lg teruk, sia sia je org anggap ko najis berat"

ramai org kerap sangat tanya kenapa..tp diorang lupa apa yg lg penting dari tanya kenapa..meh kasi contoh..korang sakit..pegi tanya dr. kenapa..dr cakap korang kena darah tinggi..pastu korang membebel kenapa la korang yg kena kencing manis, mcmana nak kerja la, apa la..sepatutnya, lepas tahu kenapa sakit tu..korang cari ubat la..mcm la enzim noni ni, leh ubat mcm2 penyakit..sila lawat www.nzimenoni.blogspot.com sori yer..td tu iklan penaja..orang dah taja..kena la aku promote..hahaha tp bahaya gak iklan banyak ni karang org menyampah plak..hahaha

jap nak baca balik dari 1st..pa tah aku tulis tadi.......

ha sambung balik..bila org ada masalah, problem..korang fikir positive..mcm Nabi cakap "bersangka baik lah kamu pada Allah" be hepi..kool je dengan problem..jangan fikir problem..korang fikir penyelesaian..insyaAllah Allah hantar penyelesaian kat korang..bukanya hantar pakai DHL atau Pos Laju tau..Allah hantar dengan bantuan2 yang halus, kengkawan tolong ke, durian runtuh ke, ape2 je la..time tu..korang rembat jer la..dan jangan lupa sll minta padaNya..mintak pun jangan mintak yg berunsur negatif..contoh "Ya Allah, selesaikan la hutang aku"..korang jangan guna perkataan hutang..daripada korang mintak selesai hutang, baik korang mintak banyak duit..aku nak banyak duit, aku nak duit..tu maksud aku unsur negatif..kalau tanak jalan jem..mintak nak jalan lancar..jangan mintak tanak jalan jem..sbb jem tu perkataan negatif..jem disini tak da kena mengena dengan jem nenas atau jem anggur..kalau ada kena mengena jugak, hanya roti boleh menyetelkanya..biskut kering pun boley..hahaha

bila korang mintak, aku brani kompom 90% peluang tu akan datang(kalau Allah tanak kasi aku tak leh buat apa yer)..dan time tu, korang punya peranan la nak buat..kalau peluang datang, korang dok diam mintak doa jugak..baik korang jadi batu nisan la..dok diam2 kat situ..ingat, hidup ini perjuangan..tak kisah la berjuang berebut awek ke, lari dalam guni ke janji berjuang..

jangan asyik duduk dalam perasaan kenapa..itu no 2..yang penting korang bergerak utk selesaikan masalah tu..cara pertama dengan mintak pada Nya..kita dah ada tuhan yg maha hebat, kaya raya, penyayang, pengasih dan macam2 lagi..kenapa kita tanak mintak?malas nak mengadap tikar sembahyang?xsemestinya mintak hanya dengan doa..awat, ingat Allah tu lemah ke, dengar kita mintak doa time sembahyang? anytime boss..korang mintak la time korang mkn ke, melabur ke, racing ke ape ke..mintak, kalau dekat boss korang tanak mintak..korang nak mintak kat sapa?hamba2 yang sama taraf dengan korang? atau makhluk lain yg lagi rendah darjat dari korang? sori ar, ape kelas raja mintak tolong kat rakyat jelata..tak sekufu beb..daripada korang dok puja menatang2 syirik mintak nombor, baik korang buat sembahyang istikarah mintak nombor..koman2 korang tak dapat dosa syirik..cuma dapat dosa berjudi, makan duit haram, minum duit haram, menggalakan maksiat..kalau tak dapat nombor dapat la panahan kilat satu...kalau kena panahan kilat ni kompom korang jd flash man..tp 2 second je la..pastu hangus..ahaha

kenapa kita tanak mintak tolong kat Tuan kita yg sayang sangat kat kita? eh, aku plak pakai ayat kenapa..aku nak korang fikir la..korang mintak lani pun boleh..aku nak kaya sekaya-kayanya..aku nak kaya, mewah, berharta..kalau dimakbulkan dapat la yer..cuma jangan putus asa meminta, lagi banyak korang minta, lagi tinggi peluang nak menang (mcm iklan power root plak)..lepas minta tu, peluang datang rebut la yer...dah rebut peluang berusaha la yer, korang buat apa2 pun kalau tak berusaha tak guna gak..hatta korang meniaga enzim noni bersungguh2 pun berguna gak..kalau pengusaha enzim yg dah berjaya tu baca blog ni..tulis la komen mcmana korang berjaya yer..haha iklan penutup la katakan

jadi, ubah cara fikir..jangan dok tanya kenapa, mintak jawapan..dari mintak jawapan baik mintak penyelesaian..dan yang penting..teruskan meminta padaNya..mintak je,bukan kena bayar pun..terus dan menerus mintak..kalau dengan tuhan pun korang tak yakin dengan sapa korang nak yakin?tak benda ni pun nak ajar balik..kata dah besor...(tp kadang2 terlebih besor pun masalah gak) haha

Sunday, November 8, 2009

Bersyukur

masa aku kecik2 dlu..mak aku sll pesan "wahai anakku yg comel, hensem lagi kaya..cakap tu bebaik sikit..cakap tu doa"..mulanya aku tak percaya...ye la, aku cakap je..bukan mintak doa kat sapa2 pun..lagipun aku sll menyumpah mat-mat rempit jatuh, tak jatuh2 pun..

setelah gunung ku panjat, lautan ku renangi, hutan ku redahi..baru aku sedaq(sbb tu mimpi jer)..ler betul la mak aku cakap selama ni..cakap itu doa..

worang kata la, Allah mengikut cakap hambaNya..dan kalau ikut mat salleh, diorang panggi LOA yakni Law Of Attraction..

kalau ko cakap ko hensem, ko percaya yg Allah akan bagi ko hensem..ko jangan risau, mesti hensem punya..koman2 pun korang perasan korang hensem..haha

kalau dalam LOA..paling penting adalah bersyukur..berterima kasih..tp semua ni kita tak sedar..kita tak penah bersyukur dengan apa yang ada..yang keris panjang 4 inci, nak 7 inci..per da..diorang tak fikir ada org tak da keris terus..dah pompuan, manada keris...hahaha
siap ada yg tak puas hati jadi lelaki, nak jadi pompuan..penah aku ceramah sorang pengkid ni " ko sedar la sikit, ko ni kencing duduk ke kencing berdiri..setakat kencing pun tak boleh ubah, inikan nak mengubah ciptaan Allah yg maha hebat" dan mcm biasa jawapan aku dapat " biar la, kubur masing" hek eleh mamat eh minah ni..memang la kubur masing2 tp sekali Allah hantar bala, dengan aku kena sekali tau..buta2 je aku tengah dok main guli kena tsunami karang..Nabi Muhammad telah mengajar kita supaya bersyukur..benda pertama kita kena buat bangun tido adalah bersyukur (sila rujuk maksud doa bangun tido)..maksudnya sebelum kita buat apa2 bersyukur..berterima kasih..terima kaseyyy kata alleycat

bersyukur ni besar pengaruh dia..kalau setiap org bersyukur kat donia ni, mesti tak da kes rompak, mesti tutup kedai judi, tak ada kes rasuah, tak de la kes sebat awek member, geng2 along tak dapat la cari makan dan xle la umah kena simbah cat merah..

aku suka dengan bersyukur ni..secara tak langsung akan menteteramkan jiwa kita..muahaha rilex je beb..ala2 bob marley..apa sahaja bala datang..kita rilex..muka ada sinyummm..

tengok aku..bersyukur je, walaupun aku tak penah puas dengan apa yg aku ada (lumrah manusia okay) jadi, walaupun aku bersyukur, aku sentiasa berusaha memajukan diri aku dari segala aspek..aku kasi contoh...aku bersyukur aku sihat, tapi aku tetap makan ubat mengkudu utk menyihatkkan diri aku...contoh lain, aku bersyukur rambut aku itam,lebat dan tak da kelemumur tapi aku tetap guna syampoo noni utk rambut aku..cewah, sempat promote barang jualan aku lagi tu..hahaha kalau ada yg minat sila lihat www.nzimnoni.blogspot.com utk maklumat lanjut..hehe sedangkan hot.fm ada iklan inikan blog aku..mesti la ada..haha apa yg aku nak cakap selain daripada tengok blog noni tu ialah.walaupun kita bersyukur kita tetap berusaha memaintainkan atau memajukan apa benda yg kita syukur..fuh bebelit gak aku cakap..hahaha

korang fikir la..mcmana korang nak bagi kat anak korang RM100 padalah bila korang bagi RM1 pun diorang membebel tak cukup? cuba korang bayangkan, anak korang mintak duit kat korang..korang memang niat nak bagi 100 kat anak korang tp korang saja bagi dia RM1 dlu..tengok2 dia membebel tak cukup la, nak beli apa la, baik bagi kat pengemis la bla bla bla..apa perasaan korang? mesti kensel RM100 tu walaupun dia merayu sambil bergolek2 sejauh 100 meter..hek eleh anak aku ni..aku bg tendangan tanpa kasut baru dia tau..dah bagi membebel plak..

jadi sebelum korang mintak lebih2..bersyukur dlu dengan apa yg ada..

Friday, October 9, 2009

Khutbah Terakhir

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAWKHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAHDI LEMBAH URANAH, GUNUNG ‘ARAFAH

Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

Monday, September 21, 2009

Selamat Tinggal Ramadan, Selamat datang Syawal

Selamat hari raya..hari kemenangan kita dalam proses memerangi nafsu kita sendiri (kepada yg posa tanpa MC beli dari doktor sahaja)

sesetengah org sedih bila Ramadan dah pergi..ye la, peluang beribadat dengan jayanya dah abis, tp org2 yg tak beribadt(mcm aku) seronok giler raya..hahaha

drpd puasa dan raya..aku dapat tengok yg bertapa penting utk kita lawan dengan nafsu kita..sampai 30 hari woo...dah la tu, lepas menang lawan nafsu kita diwajibkan menyambut kemenangan kita dengan jayanya..

jd bukan bulan posa ja tau lawan nafsu ni..sampai bila2 cuma bulan posa ni kita ada advantages yakni setan dan konco2nya dah kena ikat..jadi kita lawan nafsu 1 on 1..kira mcm training utk lawan nafsu ler

lepas ni aku berazam nak jaga diri aku mcmana aku jaga nafsu aku masa bulan posa..tak mau dah tengok2 pompuan seksi lama2, hehe

dibulan mulia ni aku nak mintak maaf kat sesiapa yg terasa dek kelancangan aku bercakap..samada sedar atau tidak

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

seronok la setan, dah sebulan kena ikat..sekarang dah merdeka..peperangan sebenar dah bermula

Wednesday, September 16, 2009

selamat kembali kepada diri sendiri

aiseh, punya la lama aku tak update sampai aku lupa aku ada blog sendiri..hahaha aku mintak maaf la kat sapa2 yang rajin buka blog aku hari2 semata2 utk tengok nukilan tah papa aku ni..

sejak 2 menjak ni aku banyak menyepi..ye la, memerhati donia nih..dengan pengalaman aku sekakang kera yang tempang nih..aku rasa kat blog je aku boleh luah perasaan aku, mesej aku, pendapat aku..itu pun aku tak dapat nak sampaikan mesej aku kat orang..inikan plak nak redakan keadaan politik sekarang..haha

eh, aku tak leh cakap pasai politik..karang mak aku marah..aku xmau mak aku marah...tp kalau beliau bg terajang ok ar..boleh la aku tengok syurga kat bawah telapak kaki beliau..

gila ah..betapa mulianya mak aku (dan kita semua), beliau bagi terajang semata2 bagi aku melihat syurga dari jarak dekat...hahaha ye lah, mak kita wat papa pun utk kebaikan kita gak.. bukanya utk mak tipah belakang rumah aku tuh..tak pa, nnt aku kawen..ada anak..aku ajar bini aku buat front kick banyak2..beruntung la anak aku nnt..hahaha

tak puas merepek lg ni..ye la, lama aku menghilang..banyak idea yg datang dan pergi..dah la tu, pergi tak kembali dah..hahaha oiii idea..mana ko, datang balik!!

Wednesday, June 17, 2009

Hang Tuah

Bila cerita pasal Hang Tuah..ramai kata Hang Tuah ni bodoh, tak kenang budi Hang Jebat, setia tak bertempat, bla bla bla

apa yg aku dapat nampak antara Hang Tuah dan Hang Jebat..terselit 1 pengajaran lain..

Hang Jebat membawa jalan keduniaan dan Hang Tuah membawak jalan ketuhanan..

ilmu ketuhanan dimana kita sebagai hamba tak boleh melawan atau ingkar dengan kehendak tuanya..dalam ilmu ketuhanan juga, kita tak boleh menjawap atau bertanya (seperti Nabi Khidir dan Nabi Musa)..kita hanya boleh ikut sahaja kehendak tuan..

kita tengok Hang Tuah..walaupun dia tak nak, tak suka, benci, meluat atau apa saja perkataan yang sesuai dengannya..Hang Tuah ttp buat kerana itu adalah perintah sultan atau tuan dia..

so aku cuba kaitan dengan keadaan kita skarang ni...walaupun apa perintah tuan kita (Allah) kita kena patuh walaupun kena bunuh kawan baik sendiri atau korbankan awek kita atau kena buang bantal busuk atau terpaksa mandi dalam ais ketul..sedangkan Nabi Ibrahim boleh sembelih anak dia ( pastu ditukar jd binatang) inikan kita hanya kena sembahyang subuh pun merekot dalam selimut ...jadi kalau dalam bab ketuhanan, Hang Tuah betul dan Hang Jebat salah..

kita lihat segi Hang Jebat..bawak ilmu keduniaan..ilmu keduniaan ni ilmu difikir dengan akal...jika guna akal, aku pun mengamuk bila kawan baik boleh kata abg sendiri tak pasal2 kena bunuh sbb nafsu sultan...tp aku mengamuk dalam game la sbb aku tak reti silat2 ni..hehe

ikut akal plak..Hang Jebat betul dan Hang Tuah salah sbb taat tak kena tempat..

kalau kita duduk pada ilmu ketuhanan kita kata Hang Tuah betul dan jika duduk pada ilmu keduniaan kita kata Hang Jebat betul..

soalannya, siapa yg sebenarnya betul?

kalau 2 2 puak (ilmu ketuhanan dan keduniaan) bercakap, mmg sampai mati pun tak tahu siapa betul..ye la, masing2 dengan pendapat masing2..tanak terima pendapat org lain..

kalau tanya pada aku..aku cakap 2 2 betul dan 2 2 salah...Hang Tuah betul sbb dia ikut perintah tuan dia ttp dia salah sbb tuan dia adalah Allah bukanya sultan..dia kena ikut cakap sultan selagi tak bercanggah dengan perintah Allah ( ada 1 cerita yg sultan hantar Hang Tuah pergi majapahit utk lawan dengan pahlawan mereka..dikatakan pahlawan majapahit gagah sebab minum arak tetapi stady je..tak mabuk2..so utk menang dengan pahlawan tu, Hang Tuah minum gak..mujur tak mabuk..klu mabuk wat rugi je..dah la dapat dosa, kena marah dengan sultan lagi)

pegangan Hang Tuah dah betul tetapi silap tempatnya..

Hang Jebat plak betul sbb dia memperjuangkan haknya tetapi dengan cara yg salah..dengan membunuh org tak berdosa..dalam hudud, hukuman utk pembunuh ialah bunuh pembunuh tu melainkan dimaafkan org keluarga yg mangsa..jadi kalau nak balas dengam gak..pegi bunuh sultan..bukanya sesuka suki bunuh rakyat..

pegangan Hang Jebat betul tapi salah pada caranya

jadi..kita tengok pada kedua dua aspek..jangan hanya pandang pada pandangan kita sahaja..kalau kita nampak roda tu bulat, org sebelah nampak petak..kita tak boleh kata kita betul dan dia salah..macam aku kata, hak masing2..

tapi kalau korang suruh aku pilih gak, aku pilih Hang Tuah..sbb patuh pada tuan dia

apa yg penting (bkn kerjasama) tetapi ikut perintahNya..

korang ingat dengan pahala lebih dari dosa boleh masuk syurga?ada sahabat yang tak sempat sembahyang pun masuk syurga..sbb berperang...ada imam yang berpuluh2 tahun menabadikan diri pada Allah masuk neraka sbb bunuh, rogol dan syirik

apa yg Allah nak pada kita adalah PATUH kepada perintahnya..sbb tu org demam pun kena sembahyang..org pekak pun kena sembahyang...Allah hanya nak kita patut pada perintahNya sesusah mana pun keadaan kita...pahala, sempurna atau tidak amalan kita ( haaa..ni utk org ngelat sembahyang dengan alasan takut tak sempurna sembahyang) Allah tak kira...janji korang buat perintahNya dengan iklas dan patuh..itu jer..kenapa perlu kita tunggu ilmu tinggi baru nak ikut perintahNya?

kalaulah ikut kesempurnaan, kenapa mualaf dapat baca fatihah pun sah sembahyangnya? sesetengah tu baru hafal 1 ayat jer...

Ingat, Islam itu mudah...buat takat mana mampu dengan iklas..

Friday, June 12, 2009

Buat bangsaku ( the beginning )

kepada yang racist2 tu..ni ada story baik punya...hanya utk org yang tak sedar diri..

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payahsemenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh... sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.

full credit for www.isuhangat.blogspot.com

tanah aku, tempat aku..dah kasi muka naik atas kepala..jangan parang terbang datang lagi okay..

ni aku kasi puisi keramat Melayu..enjoy

Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat berbini empat,
Tongkat Ali jamu khasiat.

Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu, bumi bergegar.

Orang Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Melayu mengamuk, jihad sabilillah!!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultanannya hebat,
Tujuh bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat!!

Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi (saw) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berekat,
Di akhir masa, ramai wali hebat.

Bangsa Melayu bangsa hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (saw) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.

Bangsa Melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah, barakah, jadi pakaian.

Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
"Wa’ad" Melayu jangan disanggah,
Sanggah wa’ad, mendapat ‘tulah’.

Tanah Melayu pernah berekat,
Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak mendapat tempat,
Bumi bertuah, terbilang sejagat.

Bumi Melayu pernah berekat,
Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah & pondok merata tempat,
Menjana insan unggul dan hikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi, itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi (saw), penuh keramat.

Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,
Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.

Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana sedunia,
Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.

Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratannya,
Syair seloka sungguh indahnya,
Pertukangan, sulaman, tiada taranya.

Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.

Bangsa Melayu usah alpa,
Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu enam kurun lamanya,
Menyimpan sejarah nenek moyang kita.

Orang Melayu usah goyah,
Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh menebar fitnah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,
Namun Melayu termasuk jerat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu sebenarnya berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,
Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhnya bertalu-talu,
Sehingga bangsa menjadi terkedu.

Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,
Akhirnya Melayu, mendapat ‘tulah’

Sekian lama Melayu jadi sasaran,
Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,
Mungkinkah tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingatlah pesanan junjungan Rasulullah (saw),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umarak ulamak kuncinya terletak!

Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya
‘Takkan Melayu hilang didunia’!!

Sahabatku dan saudaraku...renungilah puisi ini..

Thursday, May 21, 2009

Minda separa sedar

Kalau otak kita terbahagi kepada 2 bahagian, kiri dan kanan..minda kita pun terdiri dari 2 major side..minda sedar dan separa sedar..kalau minda tak sedar terus tu minda org yang tak sedar diri..tak sedar diri yg dunia ni hanya pinjaman, tak sedar diri yang semuanya berasal dariNya..untuk org kategori ni aku cadangkan pegi jer dunia lain yang korang punye..jangan dok menumpang bumi Allah ni kalau nak berlagak..sempat lagi aku berdakwah..ini kira kuliah subuh ( kalau korang baca masa subuh) atau kuliah magrib (kalau korang baca time magrib) tp kalau korang baca time rehat kuliah makan tengah hari la namanya..hik hik

minda sedar ni semua org tahu, minda yg kita boleh control..makan nasi, merempit, berkepit, main golf, bergolek2 atas padang bola, bunuh diri atau apa2 benda yang boleh korang buat..

minda separa sedar plak, minda yang kita tak boleh control atau ssh nak control..mcm mengawal suhu badan, degupan jantung, emosi, telekinesis, kesihatan, kelakuan, habit dan beratus ribu lagi..kalau ikut peratusan boleh dikatakan kita hanya menggunakan 10% minda sedar dan 90% ialah minda separa sedar dalam kehidupan kita..dan yang paling membanggakan kita hanya menggunakan kapasiti otak maksimun 4%..jadi bayangkan..itu 4%..kalau kita dapat memaksimukan penggunaan otak kita apa kita boleh buat?hohoho super human ler...boleh bogelkan orang hanya dengan melihat...hahahaha

bg aku, minda separa sedar adalah potensi sebenar kita sebagai manusia.. kalau tak,takkan ramai saintis ataupun berlagak mcm saintis(aku ler) utk membongkar minda separa sedar..aku bg contoh kelebihan minda separa sedar ni..kalau korang boleh mind reading, alihkan barang guna minda sahaja, xmakan nasi selama bertahun2, xminum air berbulan2, xmandi selama seminggu (ops, ini malas..bukanya hebat)

antara aktiviti yang berjaya dibuktikan oleh minda separa sedar ialah Law Of Attraction..bagi yg tak tau apa tu LOA korang cari la dalam wikipedia..takkan semua aku nak suap kot..xbley xbley..orang kita xleh kasi manja..nnt lemau..kekeke

ada pelbagai kegunaan dalam minda separa sedar ni..utk kaya ke, boleh jalan atas api ke, boleh berubat ke(sesetengah org tak tau dia guna minda separa sedar ni utk berubat) tapi apa yg paling penting, kena dapat kebenaran dari owner dunia ni la..sapa lagi kalau bukan Allah

minda ni sebati dengan kita..contohnya, kita boleh memandu kereta walaupun dalam keadaan fikiran melayang teringat awek, hutang, kerja, mati (kalau ada la) tanpa eksiden..kalau orang yg nak berjaya,mereka selalu menggunakan minda ni utk tarik rezeki(kata diorang ler)

cara2nya...cara 1..bila kat umah, kita relax..sbb rilex ni merupakan cara yang sesuai utk connect dengan minda separa sedar..pastu kita mintak apa yang kita nak..berulang2..sehingga dapat..dalam Islam pun dah ada teknik ni..

kita tengok konsep berdoa dalam Islam..lepas sembahyang, keadaan selesa, bersih, tenang(kusyuk), kalau boleh sepertiga malam sbb time tu sunyi sepi, sejuk,nyaman dan lain2..pastu kita berdoa, mintak apa yang kita nak..nak hensem mcm aku ke, nak kaya mcm aku ke, nak bini kaya mcm bini aku ke, nak jadi superman mcm aku ke, nak menang pertandingan dragon boat mcm aku ke, nak itu ke, nak ini ke..mintak jer..

ini adalah asas dalam kegunaan minda separa sedar..yang diajarkan oleh Nabi Muhammad yang telah mendapat cop sirim daripada Allah..

cara kedua pulak..kita kena berulang2..mcm kita hafal 4692027 sekali pastu lagi 10 minit try sebut..dapat x?tapi kalau kita kata 4692027 100 kali pastu lg 10 menet kita try sebut..mesti dapat..dalam topik ni, kita kena ulang berkali2..apa yg kita buat dalam cara 1 tadi..

dan kembali pada doa tadi..sama gak, kita kena berdoa berkali2..bukanya sekali baru dapat..korang tawar menawar kat kedai pun bukanya sekali ye tak?berkali2 baru leh dapat murah...

boleh aku simpulkan, antara minda separa sedar dan minda sedar..ada sempadan di tengah2..dan ditengah2nya ada sorang pak guard yang tak bagi kita guna sesuka suki..antara cara yang paling mudah adalah relax atau jadi gila..sbb tu la org gila dapat melawan hukum alam, tahap kesihatan tinggi mcm gaban..jadi, jom jadi orang gila..hahaha

aku kasi pengenalan jer pada minda separa sedar ni..kalau korang nak lebih..bawa2 la mencari ilmu..kan internet ni gerbang ilmu..search la yer..jangan jadi malas ok..sedangkan nak berak pun kena teran, inikan pula untuk menimba ilmu...cewah..karram singh walia versi melayu..apee da, orang singh lebih melayu dari melayu..malu plak aku dengan dia..

Friday, May 15, 2009

Brain Network

sejak2 ni aku agak melalut dalam blog aku ..aku dah lari dari tujuan asal aku buat blog..kajian tentang otak, psikologi dan lain2...sebenarnya aku minat sangat dengan otak kita..dari otak kita..kita boleh berjaya dalam idup..dlm pelajaran sbb kita tau yg mana "hak" kita dan yang mana bukan..

mcm aku ni dah terlajak..tapi tak pa..aku share ilmu ni utk korang dah korang test benda ni utk anak korang..mendidik anak kita bertambah bijak menggunakan potensi yang ada pada diorang..
kita org Melayu jarang amik tau pasai otak kita..wei, otak la memisahkan antara manusia dan haiwan tau..kalau kita wat xtau kat otak kita..bek jd la batu nisan..lg best..tak yah ssh nak takutkan orang..orang takut kat kita..

aku strait to the point..malas nak panjang2 kan

aku test kat korang




















korang nampak dia pusing kot mana? lawan jam atau ikut jam?

kalu gambaq ni tak pusing..klik link ni

http://www.news.com.au/dailytelegraph/story/0,22049,22535838-5012895,00.html?from=mostpop

kalau ikut jam, kira korang lebih pakai otak kanan..kalau lawan jam..byk otak kiri

dan satu lagi..korang buat tangan mcm ni..tengok ibu jari tangan mana di atas sekali










Kalau jari kiri kat atas, maksudnya korang otak kanan..dan juga sebaliknya

aku bg ciri orang otak kiri..
lebih kepada logik
perancang
suka matematik dan sains
suka pada keadaan yg selamat
suka pada ilmu
lebih kepada pratikal dari teori
suka tengok pada realiti
lebih ke perkataan dan bahasa

otak kanan plak
suka berimiginasi
suka pada seni ( lukisan, musik dan lain2)
lebih tertarik pada gambar dan simbol
tertumpu pada khayalan
lebih kepada fantasi
berani amik risiko

jadi bila kita dah buat test ni kat anak kita..kita tau apa bagaimana diorang berfikir

contoh...kita dah tau anak kita dominan otak kiri...so kita push dia ikut matematik, pengiraan, perancang bandar, kasi dia main game soduko, game sim city..serlahkan diorang kearah itu...ibarat seekor kucing la, kalau kita ajar kucing makan lepat pisang kompom ssh punya, kalau makan pun sikit sbb naluri kucing bukan mcm tu..tp kalau bg ikan..xyah ajar, laju ja makan..ini pun salah satu benda yg disetkan dalam brain atau bahasa kasarnya kepala otak kita..

kalau otak kanan..lebihkan kesenian pada diorang..beli alat lukis ke, musik ke train diorang sampai betul2 terer..atau cara nak mengajar mereka..ajar mereka menggunakan musik..sbb otak kanan ni lebih respond kepada tone dari makna perkataan..atau, masa diorang stady..korang bukak lagu mozart ke, beethoven ke nak lagi menarik dan tertarik pasang cd surah Yassin

semoga anak2 anda atau anda dapat memaksimumkan potensi anda

P/S: asal baik semcm jer aku tulis kali ni..hemm

Sunday, May 10, 2009

Politik

baru-baru aku dapat artikel..tajuk dia saja "semua org muslim wajib sokong pas"...berderau api kemarahan aku bila baca..kalau kata orang pas wajib sokong Islam ok ler...sebelum tu aku nak cakap kat penulis artikel tu...woi, ko sape ha nak letak fatwa mcm tu?ko mufti?wali? ko layak nak buat statement mcm tu ke?.ada x dlm rukun Islam kena masuk pas?ada tak rukun iman kena percaya pas?..kepada org yang foward plak..korang ada fikir elok2 ke sebelum foward? atau korang taksub dengan parti korang tu? korang tahu x apa effect dari action korang?

pendapat aku..korang semua BODOH..aku rasa mcm nak pijak2 je korang..korang meletakkan bahawa Islam dalam pas(politik)..kalau korang cakap org pas kena masuk atau beriman seperti orang Islam yang sebenarnya..aku sokong sesangat..sebabnya..politik hanyalah cebisan dalam Islam...

ok, aku terangkan lagi apa yang aku tafsir dalam kenyataan korang..

semua orang Islam mesti masuk pas..cara korang cakap mcm satu kewajipan..umpama kita mesti mengucap, sembahyang, puasa, bla bla bla..sbb korang guna perkataan "MESTI" a.k.a wajib..dosa xmasuk..jadi kepada SAQJ, wali songo, dan orang Islam yg lain kat Palestine, Dubai, Timur Leste adalah berdosa sbb tak masuk dalam pas...betapa HEBATnya parti korang..sampai ke tahap mcm tu korang kata..

dah banyak kali aku perjuangkan dalam group Islam dalam group Islam di friendster..jangan campurkan Islam dan politik..tapi diorang kata apa?dlm Nabi sendiri berpolitik..xleh buang la...aloo org org fanatik pas(tambahan muda2 tu) mmg la politik ada dlm Islam..tp ada lagi ekonomi, rumah tangga, ahklak, sains, geografi, sejarah dan segala jenis labi-labi ada dlm Islam..apsal korang xbawak tu sekali dalam group tu? asyik2 masuk group Islam, mesti ada politik..bosan aku tau..bosan

kepada korang yg kata memperjuangkan politik korang tu..kononya korang berdakwah melalui politik..korang fikir la..mcmana kalau ada org teringin nak belajar pasal Islam masuk group tu..bila masuk, tengok2 politik..gado2, maki2..apa diorang pikir?Islam ni ganas? pastu org mcm korang bangga bila korang buat riot..korang tengok..bila ada riot kat Malaysia si jantung dunia ni, manusia mana paling ramai? paling ramai adalah makluk paling sempurna dicipta oleh Allah yang berkopiah..

aku malu..bila aku buat research..aku tanya org2 luar dari politik..aku tanya cina, hindu, iban dan lain2 yang sempat aku tanya...bila aku tanya pasal umno diorang cakap korupsi, tipu duit rakyat, bla bla bla...bila tanya pasal pas, diorang kata..pemarah, agresif bla bla bla..dan soalan bonus aku kena dari diorang "Islam ajar mcm tu ker?" korang boleh bayangkan tak kalau Nabi Muhammad selaku idola aku dengar persoalan mcm tu? kompom menangis..sedih sbb org salah paham dengan apa baginda ajaq

korang nak berdakwah, tunjuk la keperibadian kita..tengok mcmana Nabi berdakwah..walaupun baginda pembangkang di Mekah..ada x baginda atau para sahabat atau watak2 sampingan yang lain baring atas jalan?buat riot(rusuhan bg yg buat xpaham BI), atau apa2 tindakan yg agresif yang korang buat tu atau apa2 yang menyamai dengan tindakan korang tu

kalau korang rasa aku sokong umno korang salah sama sekali..aku cakap benda ni sbb aku sayangkan agama aku sahaja..aku tanak sbb org gila politik mcm korang merosakkan nama agama Islam yang indah, hensem, kacak, menarik tertarik kau memang the bomb ni busuk bertambah busuk..dengan propaganda yahudi tak sedar dek untung tu yang Islam ni pengganas..

kamon la...
kalau lepas ni ada org yang masih maki-maki aku..kata aku kafir ke, ape ke..nampak sah korang tu tak paham apa yang aku sampai kan..aku syorkan korang pegi baca blog2 yang puji perjuangan korang...

blog ini hanya kepada org yang suka berfikir bukanya puppet yang hanya menjaja Al-Quran dan Hadist utk menyokong pandangan mereka(syoq sendiri)

P/S: aku dah nampak ura2 Malaysia akan jadi seperti Thailand..rusuhan merata2..dan kalau ini berlaku kat sini..korang tengok..manusia berkopiah la paling banyak..Islam konon..heh

Wednesday, May 6, 2009

Pemikiran Kreatif

Aku sebenarnya sangat obses dengan pemikiran ni..aku suka kaji pasal otak..kengkawan aku pun hairan dengan aku, kadang2 aku bersembang dengan org gila..bukan per, aku cuma mendalami cara mereka berfikir..korang tahu tak, org gila sebenarnya jauh lebih kreatif dari org normal mcm kita ni..itu pun kalau korang mmg normal la...diorang tu kalau merapu, ades..tak terpikir dek IQ aku yg bernilai 120 ni..dari situ aku nampak 1 benda...

otak kita sebenarnya kreatif tetapi kita yang memhalang otak kita..kononya utk berfikir siuman..benda ni sll di canang oleh PM kita..think out the box...fikir luar dari kotak pemikiran kita...aku bg contoh la kan...

ramai org cari siapakah Imam Mahdi (saja aku buka topik ni...nak bg femes dimata pemerhatian akhir zaman..hahahaha)..ikutkan..nama IM sama dengan nama Rasullah, dapat hidayah semalam ja..dulu dia org biasa pas dapat hidayah dia jadi IM...dia pun tak tau dia tu IM..bila org lantik dia sebagai IM..berkali2 dia tolak sbb bg dia, dia tak layak...IM ni dajjal cari sampai ke sudah tak dapat...kalau ikut kan pemikir2 yang biasa aku jumpa..diorang kata IM ni remaja Islam yang biasa..dengar lagu, main footsal, main dota, minat kereta spot, tengok wayang,pening kepala dengan final exam(kalau ada), main kawen2 masa kecik2 dan lain2...

Ikut pada pemikiran luar kotak aku ni...IM ni mungkin mualaf...ye la, nama Rasullah ialah Muhamad Bin Abdullah...skarang ni mana nak cari nama org Abdullah, anak dia Muhammad? kalau ada pun..dah lama la konco-konco dajjal buta sebelah mata tu dah bunuh atau buat onar kat dia..jadi, di sini kalau ada org kafir masuk Islam a.k.a mualaf..diorang akan diberi nama bapa angkat iaitu Abdullah...dan mungkin sorang dari mualaf tu peminat setia Nabi Muhamad dia pun letak nama dia Muhamad..jadi la Muhamad Bin Abdullah...kena plak dia tu dulu baik cuma bukan Islam..dia plak masuk Islam dalam masa sehari je..hehe mesti la mengucap je..bukan kene guling2 atas lantai selama 48 jam..dulu dia kafir, mesti la dajjal cari pun takkan jumpa..pastu bila org lantik dia jd IM, dia kata dia tak layak..ye la, sbb dia tu mualaf...mesti rasa penuh rendah diri..lg pun xda orang sangka dia tu IM..kepada orang Islam yang rasa dia IM...hentikan la perasaan korang tu...ingat, IM pun tak sangka dia IM..kalau korang rasa korang IM..terang2 korang bukan IM..aku plak tak rasa aku ni IM(kira ada can lagi la) hahahahaha

ahhh..bukan tu aku nak sampaikan...yang aku nak sampaikan cara berfikir..kita berfikir benda2 yang orang lain tak terfikir..mcm org-org gila di luar sana...mereka berfikir dengan cara yang aku pun tak terpikir...setiap orang gila mempunyai cara2 berfikir yang berlainan sama sekali(bahasa baku)..tu yang wat aku geram..kalau manusia normal, senang2 jer aku baca pemikiran diorang..korang datang la dengan perangai ape pun..sekali imbas aku leh tahu perangai korang, cara berfikir dan lain2..tapi bila mai orang gila,aku tewas...aku pun tak tau cara diorang berfikir..terlampau kreatif..mungkin mereka telah berjaya masuk ke minda separa sedar
sbb tu la kot diorang tak kurus walaupun makan xterurus..sihat memanjang walau kena hujan panas..tak demam..tak sakit..

jadi aku pun buat hipotesis baru..garisan sempadan antara minda separa sedar dan minda sedar adalas kewarasan..

ok la..aku bagi cara2 untuk bermain dengan minda...korang kena sll berangan2..kalau nak p beli barang kat kedai..kat umah tu korang berangan siap2..barang apa..harga berapa..bentuk mcmana2..lagi detail..lagi bagus..ini utk latih otak sebelah kanan kita..kalau kita malas nak buat..suruh anak2 kita buat..kasi diorang cerdik..latih IQ diorang..akal ibarat pedang, ilmu ibarat pengasah..kalau pedang dah cukup tajam..senang je nak asah nnt..guna p la batu asah papa pun..leh jd punya

ingat..yang membezakan kita antara binatang adalah akal..kalau kita tak bijak menggunakan akal kita..kita sama saja dengan binatang...orang Melayu sebenarnya bijak...kalau tak bijak, masakan Melaka, Kedah, Terengganu boleh jadi kerajaan digeruni? yang membodohkan kita adalah penjajah..

satu cara paling senang utk melatih supaya kita bijak...hari2 lepas bangun tidoq kata "aku bijak 50x"

buat selama seminggu..rasai lah perubahanya..kalau tak bijak juga..buat 100x..kalau tak bijak jugak..buat solah hajat..solat hajat bukan utk benda2 yang penting je k...dah nama hajat..kalau korang nak dapat awek lawa pun pakai solat hajat pun boleh..lagi baik kita mintak bantuan kepada Allah dari mintak kat org lain..

Sunday, May 3, 2009

Antara Punca-Punca Maksiat

hermm...maksiat, satu perbuatan sah-sah berdosa yang best utk dibuat (kalau tak best buat apa diorang buat kan?)

skarang ni ramai ibu bapa pakcik makcik tok tokwan nenek atuk dan sesiapa saja risau dengan kelakuan anak mereka..dengan sintom 3gp yg berleluasa,sintom rempit yang tunggu masa makan jalan tar dan sintom2 yang lebih teruk dari sintom2 selsema burung,babi,khinzir,labi-labi darat, mentibang laut, kumbang terbang atau apa saja binatang yang terlintas di minda korang..

mari kita mengkaji punca-punca maksiat yang xglemer di mata manusia normal..

giler korang , hantaran kalah deposit beli kereta.....apa la...jenuh la jantan mcm aku ni nak cari duit...gaji brapa..tolak makan,minum, duit kat mak, bil elektri, sewa umah, blanja awek no 1, 2, 3, dan 4...dan pelbagai belanja minor atau major..korang tengok ler, zaman dulu..kawen umur 18..zaman aku ni..kawen umur 23 kira dlm kategori normal lg...korang tahu x(mesti la tak tahu sbb aku tak cerita lg) hahaha...kita umur 17 pun dah gatai nak ada awek...ni belum zaman millenium lagi..dengan dakyah2 yahudi dengan jayanya mendidik anak kita menjadi penagih seks hanya menggunakan tv...budak2 umur 12 pun tahu apa tu seks...aku masa umur tu tau main bola, guli, mandi hujan...budak2 skarag umur 12 dah ada aweks...perghh..matang cepat sangat...terbantut baru tau..hahaha

jadi bila pikir balik, sepatutnya kita kawen umur 20 an..bukan mcm sekarang..disebabkan hantaran tinggi melangit..tak terdaya nak membeli terpaksa tangguh kawen..ke tahun nnt..tp gatai nak merasa nikmat kawen, nak dirasai belaian mersa si pasangan..jadi ada la maksiat murahan..dalam keta, tepi pantai, atas moto, dlm felda dan tempat2 yang tidak dikunjungi oleh manusia normal...disini aku nobatkan hantaran terlalu mahal sebagai punca-punca maksiat...hahaha ( alo bakal mak mertuaku, jikalau bakal bonda terbaca artikel ni..kurang la sikit hantaran nnt yer atau dengan lebih iklas, tak yah le letak hantaran..kasi free) wakakaka

antara sebab lain...naik kawin sikit punca ssh...nak kena kursus 5 hari dengan harga berapa ratus tah...nak buat kenduri makan duit mahal giler..talam hantaran mahal kalah harga tokey telekom..dah la kursus tu tak da papa sgt..cakap2 jer..bg penerangan dan nasihat...last last bercerai berai gak...korang pikir dengan menyusahkan org nak kawen, maka kes cerai akan kurang? memang la kurang sbb tak ramai yg kawen..pastu muncul la anak2 yang ber bin dan bintikan Abdullah dijumpai di dlm tong sampah, tepi masjid dan lain2...kalu agama lain senang jer kawen (kecuali cina)...disini juga aku nobatkan ssh nak kawen punca maksiat di negara kita..horray



rasuah berleuasa, apabila penguatkuasa agama pun meminta utk diberi rasuah(tak takut azab neraka ke abg oi?)...malas nak komen

tempat nak bermaksiat banyak..ada taman tepi tasik, cuba buat taman tepi kubur..kasi motivasi kat org maksiat yang mati dekat sangat dekat kita..tak de maksiat kat situ punya la..kalau ada gak..kena abaikan faktor ni..

tak da sifat kejiranan..buat rakan tetangga jaga tempat tu...orang kat Malaysia ni kurang sifat kejiranan yang sll Rasullah tekankan..kenapa zaman dulu xbanyak maksiat, sbb jiran diorang kepochi, kacau tepi kain org..zaman kita? tengok anak jiran tengah beromen pun buat bodo jer..sbb ape, kalau cerita kat mak dia pun, kita kena maki..

tv melampau2..sikit2 cium, peluk, tengok dah la AF( sorry beb, aku anti habis dengan AF ni..kalau anak aku masuk, nescaya aku balik dia dengan batu bata masa dia wat konsert) dengan seksinya..peluk antara bukan muhrim..menyanyi, tayang bodi kat org supaya dapat undi..betapa murahnya maruah diorang..geram aku bila cakap pasal AF..rasa mcm nak bakar jer Astro tu dimana owner dia adalah kafir..mesti la dia suka tengok anak2 Islam hancus dan pada masa yang sama, dia dapat duit..

kurangnya didikan agama..punca ni femes..tak mau ulas..

pemakanan..bila kita makan benda haram, atau pun haram tp kita tak tau..hati kita jadi keras..ssh dengar cakap..degil...jadi..pegi ke kedai2 yang betul2 diyakinin..kalau tak yakin gak..masak sendiri..

aku malas nak salahkan siapa..kalau kata salah ibu bapa, kita juga ibu bapa(kepada anak), kalau salah guru, kita juga guru utama(kepada anak)..salah jiran? kita gak jiran ( kepada anak jiran), salah masyarakat kerana tak tegur? kita juga adalah masyarakat...jadi apabila org menyalahkan org lain secara tak lansungnya dia salahkan diri sendiri..

apa harus kita buat utk mencegah? kita ubah punca2..jika hantaran mahal kasi murah dan lain2...

Wednesday, April 22, 2009

Pendapat

Berselisih Pendapat

aku sebenarnya hairan..selalunya org akan kata " aku lah yang betul" "ikut la aku"..bla bla bla..yang advance sikit ayat dia mcm ni " aku hairan la,org sll kata mereka sahaja betul..tak nak dengar pendapat org lain lansung,diorang tak tahu...aku la yang betul" huk eleh...semua mengaku diorang yang betul...aloo kawan..dajjal pun mengaku dia betul tau?sai baba pun kata dia betul...bush pun kata dia betul..abis tu sapa yang salah?

aku penah dengar satu firman ni(plus minus) : aku ciptakan manusia pelbagai kaum, pelbagai pendapat adalah utk mereka saling kenal mengenal..dan orang paling dekat padaKu adalah org yang bertaqwa
apa yang pasti...Allah dah kata dah...manusia ada pelbagai pendapat..aku kata bumi tu bulat, ko kata bumi tu bulat cuma bujur kat area tenggara..si karim plak kata bumi tu segi empat sbb dia tengok peta dunia segi empat...ah...itu tak penting, yang penting korang tahu bumi tu untuk ape, kepada siapa,siapa owner dan lain-lain

ini belum masuk bab ilmu lagi...fuhh, kalau bab ilmu..semua orang kata dia betul...sekolah dia the best..tempat dia terbaik..lagi best dari kacang cap tangan..ni pendapat aku...peduli la sekolah tu dinding batu ke papan ke plastik ke getah ke..itu hanya tempat kutip ilmu...kalau ko kata pengajian ko terbaik, paling bagus, sapa yang xpegi pengajian ko memang rugi..itu hanya pendapat tentang diri ko..macamana ko nak orang terima pendapat ko..ko kena terima pendapat orang lain dahulu...

ye la...dalam makhamah pun diorang bagi can 2 2 pihak bercakap..dengar pendapat 2 2...tp kat padang Masyar lain ar...mulut kena tutup..anggota badan je yang cakap...saper yg ada tabiat korek idung pastu makan atau suka bau kentut sendiri..baik korang rentikan tabiat tu sekarang...karang buat malu jer satu dunia dengar perangai buruk tu...aku pun berkata kecil dalam hati (aku pun kena berubah jd baik)

sejarah pengalaman aku...setiap kali aku jumpa org..org tu kata merekalah yang benar...itu aku tak heran la sbb even ayah pin tu pun kata dia benar..tapi yang buat aku sedih..aku tak diberi peluang utk meluahkan pendapat aku plak...diorang kata diorang betul...bila aku nak luah pendapat aku..diorang tak kasi...kata jangan menyampuk la..budak2 duduk diam la...pakcik dah belajar 50 tahun la(oi pakcik..beethoven tu buat lagu masa dia umur 5 tahun..muda-muda dah buat lagu twinkel-twinkel little star..aku pun mcm dia la gak..genius semulajadi...hahaha..kalau aku tak puji diri aku, sapa lg nak puji...ye x?kekeke) kadang2 rasa mcm nak bagi tendangan kaki kudung(dah kudung mcmana nak tendang) kat org2 yang pikir mcm tu..


aku kasi contoh paling sempoi...
si Jalis suka perempuan yang badan slim
si Sarip suka perempuan yang badan tinggi
bila kita tanya jalis dan sarip..perempuan mana yg paling cantiksampai kiamat la diorang gaduh tegakan pendapat diorang
padahal pendapat 2 2 tu betul..mcm aku plak..aku suka perempuan kaya...wahahahha kaya segala2nya..kaya agama, kaya ilmu, kaya pemikiran, kaya kasih sayang tetapi bukan sekaya roti..so bila jadi kes tu mcmana? diorang kena masing2 dengar pendapat..jalis hormati pandangan sarip..dan sebaliknya..kan aman damai..xde gaduh2, xde kutuk2 belakang, xde mengumpat2..kurang sikit dosa tu...

cuba bayangkan...ada berapa jenis nasi dalam dunia ni?mungkin aku suka makan nasi kandar..korang plak suka makan nasi lemak..ayam suka makan nasi basi...ko tak boleh kata nasi kandar tak sedap..benda tu sedap..cuma ko je rasa kurang sedap..
pada pandangan aku, sejauh mana pun bebeza pendapat, semuanya ada persamaan...mcm sarip dan jalis..dok bising yg tinggi tu lawa la, sliw la lawa..yang penting diorang suka perempuan..masih dalam tabii..kalau pasai mazhab plak..sentuh perempuan leh batal ayaq sembahyang atau x..yg penting nak sembahyang kena ada ayaq sembahyang..segala perbezaan pendapat, kita kena pandang sudut yang luas..jangan kecikkan...kalau kecikkan makin bercelaru la..adalah normal kalau kita berbeza pendapat..

aku tak leh halang org xsama pendapat ni cuma kita jangan taksub mengiakan pendapat kita atau taksub menidakkan pendapat dia..kalau dia tak leh terima tak pe, maksudnya taste die lain...kalau semua org sama pendapat..xyah la bermacam2 Nabi turun ke bumi..hantaq sorang dah la..

P/S: lepas ni bawak2 la hormati pandangan org walaupun dia kata dia tu berpendapat bahawa kambing gurun tu jelita

Tuesday, April 14, 2009

Ilmu, Pemahaman dan Pegangan

aku nak tulis topik ni sbb baru² banyak sembang dengan kengkawan pasal ketiga-tiga menatang ni..ilmu, pemahaman dan pegangan...

apa yang penting sangat? sampai aku nak cakap ni?mesti la penting(bagi aku la)..kalau tak da ketiga-tiga adik beradik ni..tak la ada org terer-terer dalam dunia...

apa tu ilmu? bg aku la..ilmu tu sekadar ilmu dalam buku...5+5=10, kucing ada 4 kaki 1 ekor, monyet suka makan kutu dan lain²..

pemahaman plak, kita kena paham kenapa 5+5=0, kenapa kucing ada 4 kaki 1 ekor?kenapa dia tak da 10 ekor? apa fungsi ekor dia?(utk menstabilkan kedudukan dia,bukan utk membuat libasan maut kat tikus)

bila dah ada ilmu, dah ada pemahaman baru layak buat pegangan..iaitu kita pegang betul² yang kucing tu 4 kaki 1 ekor(bukan pegangan kaki dia tau)..mampuih p la org kata apa pun..kita tetap dengan pegangan kita yang kucing ada 4 kaki, bukanya kaki 5..

dalam konteks agama plak..Nabi penah sabda(plus minus) " peganglah Islam ibarat memegang bara api sehingga abu" atau kata² hikmat seseorang(sori lupa nama, sbb tu tak penting..yang penting apa menda dia nak cakap tu) " bertuhanlah kamu kepada Allah sehingga org kata kamu gila, sombong, terencat, 3 suku, sindrom down, kurang vitamin C" hehe yang lain2 tu aku tambah ler..bagi best skit nak baca..hahaha

jom kita buat satu contoh..

kalau ada ilmu, xda pemahaman, tapi ada pegangan..

si Abu jalan²..nampak kawan dia si Manap tengah syok minum arak sambil dengaq MP3...dia sound

Abu : woi makhluk Allah, mana boleh minum arak..Islam tak bagi (ni ilmu)
Manap : apa?jap jap aku bukak MP3 ni
Abu : mana boleh minum arak..Islam tak bagi
Manap : ye ker?kenapa plak?
Abu :errr...tah, mak aku tak bagi..mak aku kata Islam tak bagi minum arak
Manap : tu la ko, mana ko tahu..arak ni best la..rasa terawangan..ibarat menuju ke pintu firdaus
nak sikit?
Abu : tak mau..nnt mak aku marah ( ada pegangan)
Manap : huk eleh, mana org tau..kita 2 orang jer
Abu : Tapi Allah tau
Manap : ye la, tapi kenapa Allah nak halang minum arak?kan arak ni best..try la dulu

Jadi Abu pun try minum..secara xlansung setan tengah bergelak sakan beramai²..muahahaha

kes ke 2
ada ilmu, ada pemahaman, xda pegangan

si Abu pun balik umah, pastu kena pelempang gaban dengan ayah dia sbb minum arak..

Abu : kenapa plak salah minum arak?
Ayah : Islam larang, sbb merosakkan sistem badan kita ( bapa dia pun bagi la buku Dr. Daniel kat dia..
Abu : wooo...baru beta paham..patut la tak leh minum

PANGGG!!! kena penampar sedas

Ayah : apa beta²?
Abu : hehehe, nak bergurau senda pun tak leh..

pastu si Abu ni pun jalan la lagi...jalan jalan..pastu dia naik bas..pastu jalan lagi..pastu dia naik teksi..pastu jalan lagi..pastu dia tau dia sesat...hahaha...wat penat korang baca ja

aku pendekan cerita

Abu :Oi Manap, jangan la minum arak..ko minum air longkang lg bagus tau
Manap :Kenape plak?
Abu : arak ni merosakkan sistem badan kita, organ² kita dan lain²
Manap : abis tu? sama gak..dah tua karang kita mati gak..bukanya kita leh idup selama²nya..
Abu : ko nak mampus awal?
Manap : apa bezanya, mampos sekarang ke, esok ke..kesimpulanya mampos..ko ni..mundur tul la..nak sebotol..daripada kita mati umur 100 tahun pastu tak de nikmat hidup..baik ko mampus esok dan dah rasa nikmat hidup
Abu : betul juga hujah setan ko ni...jom kita minum...(setan menang lagi..2-0)


korang tengok..tak de pahaman pun salah, xde ilmu pun salah, xde pegangan lagi la salah...

jadi, apa yg harus kita buat?

mula² dapat ilmu apa² pun..paham dulu..bila dah betul² paham baru amik buat pegangan..tak kisah la, nak melabur pakai tisu tandas ke, pakai sabun ke..janji korang paham mana yg patut amik

korang tengok, Bilal Bin Rabah..kena hempap batu atas dada pun slamber tanak tinggalkan agama Islam..(rujuk kisah sahabat Nabi)..sbb apa? dia ada ilmu, ada pemahaman dan ini menguatkan pegangan dia terhadap Islam..

masalah org kita skarang ni..ilmu ada, pahaman ada..pegangan tak de...tu yang korang tengok budak2 merempit..minum todi mcm minum air zam zam..pegi disko, tahu disko tu salah, merosakkan tapi pegi gak..

belum masuk orang berpolitik lagi..pakai serban, cakap itu ini..pegangan xda..hulur duit..habis terbang serban²..fuuhhh ilang..

eh, aku tak leh main sentimen politik..karang kena ISA atau blog aku jadi cemuhan org-org yang xde ilmu, xde pemahaman hanya ada pegangan...

apa yg aku cuba sampaikan..kita jangan hanya ikut belakang ketua, membontoti dia..jangan dipergunakan utk kepentingan org lain..kita adalah ketua pada diri kita..jangan la org lain rampas title ketua tu...kalau diri kita pun dipergunakan org...korang tak yah jadi manusia la...jadi lembu lagi best..tak yah fikir..ini tidak, akal ade..tapi ikut jer...nak kata bodoh..nampak kasar plak..nak kata kurang cerdik, mmg bodoh pun..aahhh pandai² la korang nak bg penggunaan bahasa ape utk org² mcm ni..

kita kena terima semua dengan terbuka, samada baik atau buruk..dengan formular ilmu, pemahaman dan pegangan ni (IPP)..korang takkan terbabas ke dasar kesetanan atau kegelapan..biar la org ajar ko ilmu itam ke, ilmu alam ke, ilmu buat anak ke..selagi korang guna formula IPP korang akan terselamat..

come on la..kita dah besar, anak dah berkantung²...takkan tak leh pikir mana betul mana tidak..berdikari la...jangan la terima berita baik utk pihak kita jer..bila ada berita buruk tentang pihak kita terus sound "ini fitnah, korupsi, cubaan menjatuhan bla bla bla"...terima..kaji...malas aku nak bincang bab ni..

yang penting..bila korang dah ada ilmu, kaji ilmu tu, paham betul², pastu baru pegang seerat²nya..jangan sesekali mudah percaya dengan kata² org lain..Ingat!!!(mcm iklan tv plak)

Thursday, April 9, 2009

Positif

sebenarnya kalau kita hanya ada ilmu tapi tak da anasir ke"positif"an ni ssh nak maju..kalau maju pun kira nasib baik la tu...

positif yang aku cuba sampaikan adalah, positifkan minda ada...ataupun dengan erti kata lain..kita kena kerap membuang air kecil...hahaha mesti la tak..kita kena terima dengan segalanya dengan sifat terbuka..sentiasa bersikap positif dalam masalah kita...tak kira la masalah kewangan ke, masalah awek ke, masalah balak ke, masalah tayar basikal pancit ke atau segala2 keadaan yang telah digelarkan sebagai masalah dalam kamus dewan tu..

aku nk crita benda ni kat org lain tapi orang tak mau dengaq..jadi aku pun anggap la hanya budak2 umur 10 tahun kebawah yang baca..ye la, orang2 yang lg berumur dari aku bukanya percaya cakap aku..depa kata aku ni budak2 baru nak matang..tak layak tegur depa...(negativ la tu)...amboi2...mentang2 la korang lahir awal dari aku...korang rasa garam lagi awal dari aku..so korang boleh buat alasan tu nak kata korang betul dan aku salah?huh, kalau mcm tu aku pun nak kata gak

aku lagi awal main counter-strike dari korang ( at least aku rasa gak garam, korang merasa tak main CS?), aku lagi awal guna internet, aku lagi awal main King Of Fighter, Tekken,GTA atau lain2 game, aku lagi awal merasa suhsi..jadi aku betul korang salah...korang kena dengar cakap aku walaupun korang berstatus pencen,orang kaya baru, duda, janda, anak 10, warga emas hatta perak sekalipun

hehe tapi aku baik...aku pikir positif..aku kata " aha, aku muda lagi..aku banyak perlu belajar.." jadi aku pun belajar, menuntut ilmu walaupun bila aku sampai tahap ni ada org tak suka kat aku..dok cerita bukan2...ahhh lantak la kat korang...nak kutuk ke, nak fitnah ke, nak hantar jin ke, nak hantar sihir ke, nak buat impose gambar bogel muka aku ke..janji aku tahu apa yang aku buat...diri aku, hak aku...tak da sesiapa pun dalam dunia ni berhak nak suruh aku buat itu ini (of coz selain Allah)..aku pilih jalan aku sendiri aku takkan terpengaruh dengan org lain...selagi korang halang jalan aku,lagi kuat aku nak menuntut ilmu supaya aku tau kenapa korang nak halang aku, prinsip aku..lagi baik aku ada 1 pegangan walaupun salah bg korang daripada sesorang yang tak da pegangan lansung..jadi mcm lalang...ikut bontot ketua( haa, ini baru positif)

antara contoh-contoh yang aku praktikkan sistem positif alam ini

aku naik moto.....broom broomm...pastu ada trafik light...aku stop...pastu lampu ijau...aku sambung...brooommm brooommm. tiba2 tanpa memberi amaran lisan, tayar moto aku pecah...kebabooommmm....tayar pancit....oh yeah...dah la time tu nak p dating dengan awek...janji pukul 4 ptg, tapi aku plak bangun tido pun 4 ptg...ni dah ultra super lambat ni...mampus la awek aku bagi terajang 100 juta HP dengan tanpa segan silunya...aku pun try contact dia...hp plak bateri kong...adus..aku boleh bayangkan awek aku dengan muka rilex "xpe...abg lewat sikit jer" tapi dengan hati yang panas membara...p/s: aku bukan takut bini k..aku cuma menghargia dia sbagai mana dia menghargai aku...harap maklum
jadi..aku pun tolak moto...dengan hati yang panas membara....arghhh, awat la time ni juga nak pecah...tunggu la esok ke..pas balik nnt ke..pas kiamat ke...tapi jangan la time ni...time tu marah betul...sampai org pun tak berani nak tegur aku sbb muka panas sangat..ye la, karang tak pasal2 dia kena baling dengan side mirror aku yang tak de cermin tu..lepas tu aku teringat la aku punya formular yang aku cedok sendiri daripada idola aku Nabi Muhammad S.A.W iaitu pesan2 bagina " bersangka baiklah kamu kepada Allah"...yup, sy pun bersangka baik...trima kasih la Allah sbb bg tayar moto pecah...kalau la tak pecah, mungkin aku kena langgar depan tu, atau diserang oleh king kong yang bersembunyi disebalik celah2 kereta, ataupun daripada dosa2 aku dengan awek aku bila kami pegi dating nnt...tq Allah..i luv U so much, becoz i know U always love me so much..jadi aku pun hepi...daripada hati panas membara, aku jd sejuk...aku tolak moto tu sambil senyum, bersiul...lalala~~

nampak tak? mcmana aku tukar daripada masalah tu ssh kepada masalah tu bes? bila korang kena masalah, yang penting korang kena hepi..positifkan supaya korang tak terikut dengan masalah tu..lgpun org lain peduli ape korang ada masalah, diorang pun ada masalah..kalau datang satu masalah contoh tayar motosikal tu...kalau aku marah pun, aku geram pun..tayar tu tak ok balik secara otomatik...kalau aku gelak pun..tayar tu tak ok gak..tapi..at least, kalau aku positif..aku tak menambah masalah aku dengan perasaan marah, rimas, geram, meluat dan lain2..siap dapat pahala free lg (aku ulangi FREE,FREE!!!..orang kita kalau dengaq free cukup suka tapi bab pahala free tak mau amik plak..isk2)sbb aku senyum mase tolak moto..senyum itu sedekah beb...

skarang kita try pikir...

1-kita dah yakin dengan diri kita
2-kita dok belajar ilmu
3-kita sentiasa positif

InsyaAllah kita akan jd sumbody punya org..bukan orang2 kebanyakan yg hanya tau merempit dan mencari sesuatu yang tiada,tiada apa2 spesel atau masih dalam2 angan2 sendiri...sapa makan petai, kentut dia yg busuk..hohoho

ingat, pesan seseorang yg sy lupa dari mana dia kutip ayat ni " Allah mengikut kehendak hambaNya"...kalau tak setuju, korang marah la dia k..aku hanya cakap jer..tak tau papa...kan kan?

hari ni aku membebel biasa jer k..ada org panas telinga eh, panas mata sbb dok baca ni...kepada sesiapa yang terasa...korang jangan la amik negativ, amik positif...anggap aku ni bukan nk mencaci korang atau nak kutuk korang..anggap aku hanya ingin memeriahkan dunia ilmu korang yang korang kata luas tu..

apa2 pun..nanti ada masa aku terangkan pasal positif ni dengan lebih meluas...sekarang aku bg bunga2 cinta je kat korang...korang fikir2kan la..

kalau tak paham pun apa yg aku kata...at least bersangka baik pada Allah...walaupun bala, malapetaka, bala candhran..bapak kepada bala chandran datang..korang still dlm mode rilex..sbb korang positif..

jumpa lagi pada masa yang akan datang...

yoho yoho yoho

Tuesday, April 7, 2009

Ilmu

skarang ni ada segelintir orang sibuk pasal akhir zaman, Imam Mahdi(IM), Pemuda Bani Tamin(PBT), Dajjal, Freemanson, Illuminati dan segala² watak yang berkaitan dengan nya...watak² ini tak sama seperti spongebob, patrik, power puff girl, sinbad, dexter labortary..kepada sesiapa yang berminat dengan watak itu, ini menandakan korang tak patut baca blog ni..ini hanya utk 18 keatas( di segi kematangan bukan umur) harap maklum

pada pendapat aku la, diulangi pada pendapat kasar aku(bukan pendapatan kasar)..tak guna kita cari itu lagi...lengkapkan diri dengan ilmu..ya, ilmu...itu rahsia menguasai dunia...kalau ilmu tarak, harapkan semangat jer tinggi klcc baik tak yah la..sekali dajjal turun, dia tunjuk magic dia teriuh roboh semangat² tu...semangat yg ilangg...oh hooo

mmg la semangat tu penting tp kalau tak diiringi dengan ilmu, kita senang terbabas..ibarat semangat nak bawak treller 22 tayar tapi xde ilmu...kena plak time tengah dok bawa tu ada sorang makcik yg tengah jalan dengan kelajuan 2 KM/J...pergh(sila gunakan imiginasi masing²)..tiada seorang pun tercedera dalam cerita ini..hanya cedera dalam minda masing²..kekeke

come on la..perkataan pertama yang turun kat Nabi Muhammad ialah.."Iqra" atau lebih dikenalpasti sebagai "bacalah"...baca ape?surat khabar?komik dragon ball? yellow page book?blog aku?(ok gak)...baca tu melambangkan ilmu la...takkan baca tu melambangkan bapa kemerdekaan..apa pengajaran yg kita boleh dapat...sebelum apa² kita nak buat mesti kena ada ILMU...bukanya rupa, vokal yang baik, pandai mengawal piching, ukuran lilit dada 45cm keatas atau tulang yang lembut tetapi ILMU...daripada "bacalah" la Islam dapat berkembang sampai sekarang sehingga Nabi Muhammad dinobatkan oleh mat salleh orang yang paling berpengaruh dalam dunia..fuyooo, bangga woo umat Islam..omputih yang nobat tu, sebelum diorang nobat kompom diorang kaji..pastu mesti diorang pun CnP(copy and paste) apa yg Nabi buat dan tidak dilupakan utk mengupgrade kan lagi...

itu orang putih...orang koko kekuningan atau kuning kekokoan mcm kita? masih nga²...di permainkan oleh orang lain seperti bak kata seorang dinasor yang tinggal tulang " orang bodoh jd makanan org bijak"..ini orang politik sll kena,dah menipu orang..pastu kena tipu dengan orang atas...hahaha jadi batu nisan lagi bagus la woi..tak payah ssh² nak berkempen, berfikir, menipu atau ditipu..tp org tetap takut gak..

dan membuatkan org bodoh tu nampak lagi bodoh, dia tak sedar dia tu bodoh dan mengaku dia tu tidak bodoh dan pastu kata orang yang kata dia tu bodoh,bodoh..ini la sll dikatakan oleh mak saya, jangan termasuk dalam kategori bodoh sombong..seronok gak dok maki hamun org tu bodoh..patut la org kita sll kata " bodoh la ko"...baru aku rasa nikmatnya..haha sedap tp tidak sesedap itu apabila makan penampar org tu...

ahh...itu bukan mesej yang aku nak kata...mesej aku..buka la minda...wooo orang kita kalau buka baju dan seluar cukup seronok..pastu amik video..pastu aku tengok..aku pun tengok la sbb tertengok..bukan berniat nak tengok tapi bernafsu nak tengok..ye la..aku pun manusia gak..bukanya robotcop atau selipar jepun yang tak de nafsu..hahaha..errr, kata mana tadi..haa..buka la minda..buka la minda kita seluas²..kita belajar dari omputih...ini tidak..baru nak tukar bahasa dah bising...memang la benda tu ada pro and con dia..tapi, ibarat motosikal la...bila mat rempit merempit sampai tak ingat dunia atau akhirat, jahat ke motosikal tu? dan bila pak imam nak moto dia pegi surau sembahyang qiamulai, baik ke moto tu?sapa yang bersalah dlm ni, penunggang atau moto? sama la mcm dalam kes ni...salah siapa?
sekali lagi aku kata..jangan salahkan ibu yang mengandung, salahkan ayah yang tak pakai sarung...

katakan lah org yang baca blog aku ni kata " eh, aku dah cukup ilmu..apa yang harus aku buat"..jawapan aku " kalau dah cukup pandai, pegi la ajar org yang kurang pandai tu"..buat sistem MLM(multi level marketing) la...sorang ajar 5 orang..5 orang ajar 25 orang...25 orang ajar 125 orang.. 125 orang ajar 625..625 orang ajar 3125..dan seterusnya...korang perasan tak, belakang mesti 25?...itu la besnya kuasa 5 ni...belakang musti 25 punya...ini pun ilmu gak...Nabi pun pesan(plus minus).."sampaikan ayat aku walaupun sepatah"..lebey kurang la..apa yang aku nak tekankan..sampaikan ilmu walaupun sikit...walaupun hanya ( weh, ayam tu tak penah kencing tahu, dia berak je)..janji ilmu..

semua Nabi dah ajar kita...apa kita buat? diam je...biasa la..anak manja...sll disuapkan jer...tengok Yahudi tu...brapa ratus tahun diorang menderita? skarang berjaya bukan main...dah brapa ramai orang Palestin jd orang bijak? sekarang bercambah² dan tengok brapa anak Melayu merempit?bercambah jugak...sbb apa? orang Melayu ni manja...manja sangat...tu jd lembab tu..cikgu rotan skit..saman cikgu..puii....tanak cikgu rotan jangan la hantar pegi sekolah...dah la suruh hantar..saman lagi..tak kenang budi tol la...geram aku...nama je terpelajar...perangai bodoh...nenek aku lg bijak la dalam bab mendidik anak

stakat tu la aku nak membebel..karang orang kata aku gila kuasa plak..aku berpolitik plak...utk pengetahuan semua ini adalah pandangan aku semata²..bukan berpihak pada sesiapa...pikir la yer..yang mana kata nak bela agama nusa dan bangsa tu...mantapkan ilmu..kalau korang tu dah terlajak, tak pe..anak ada lagi..didik anak dengan ilmu..banyakan membaca...mengaji..dan lain² yang telah diajar oleh Al-Quran(mcm permakanan) dan Nabi kita(mcm tingkah laku)...pastu jangan malu² cedok ilmu omputih...kita cedok pastu kita upgradekan ikut versi kita..

aku brani jamin la...kalau ada omputih baca artikel aku ni...kompom diorang pun akan ikut...tapi orang kita?hahaha tapi bukan salah orang kita...
salah penjajah sbb melembabkan minda kita,
salah pemimpin sbb bolot duit kita,
salah guru sbb merotan anak kita,
salah penyanyi sbb mengkhayalkan kita,
salah Tuhan sbb tak turun bala kat kita,
salah Bedah jiran sebelah sbb tak ajar kita...

dan yang pasti :

BUKAN SALAH KITA YANG TAK MAU BELAJAR
BUKAN SALAH KITA YANG TAK MAU BERUBAH
BUKAN SALAH KITA YANG MEMANG TAK PERNAH SALAH

tepuk dada tanya selera,
tepuk dahi tanya diri,
tepuk air kena muka sendiri.(bukan salah kita gak tu, salah air)

Tuesday, March 31, 2009

Renung²kan...okay??

hari ni aku malas nak taip..so aku CnP(copy and paste) orang lain punya...enjoy


Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:
" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.

Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.
Maka....
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan
keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di
hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang
diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

pikir la bila baca ni...pastu amik iktibar..dah amik iktibar tu jangan lupa² nak praktikan plak...lepas tu sebarkan kat kengkawan atau sapa² yg berkenaan

Saturday, March 28, 2009

Yakin

Assalamualaikum dan salam sejahtera ( rasa mcm baca berita plak )

sori ar lama tak update, aku bz sket la..sape² yang rindu tu..tahan² jer la...karang jumpa kita lepas rindu puas²..sampai la lemas dalam lautan rindu tu..wakakaka

orait, pelajaran kita hari ni....Yakin..

kalau nak ikut kan...yakin ni punca segala²nya...punca kepada kekuatan...macamana si sami boleh heading besi, terajang tiang gol ( ikut cerita shaolin soccer la)

Islam sentiasa ajar kita utk yakin... tak percaya?( gaya iklan tv3)..tiap² kali raya haji tu..Allah ajar kita supaya yakin kepadaNya mcmana Nabi Ibrahim yakin kat Allah sampai sanggup sembelih anaknya Nabi Ismail ( sila rujuk asal-usul raya haji )

sekarang ni aku tengok banyak org risau pasal awek la, kawen la, tunang la, itu la, ini la...alaaa hai...dah terang Nabi cakap, jodoh dan maut di tangan Allah...yakin jer la...walaupun ko tu badan mcm belon panas ke, muka mcm tayar basikal ker, kurang atau terlebih( perasan bkn perasaan) sifat² sebagai manusia yang hensem ke, dah terang lg berspot light bgtau jodoh tangan tuhan...yakin jer la..sampai gak la...kompom...kalau tak dapat gak...kira mmg jodoh ko tu tak de jodoh la...kalau dengan Allah pun korang tak yakin, korang nak yakin kat sape? pak man telo? multi-level? parti korang? mak tipah sebelah umah aku? Haris sepupu aku?...senang² yakin jer kat patung kuil...korang wat pe pun diorang diam jer...keh keh keh

tapi....bab rezeki tu korang jangan la yakin rezeki datang bergolek...mmg rezeki datang dari Allah tapi Allah penah cakap " takkan Aku mengubah takdir sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri"...maksudnya kita kena rajin la....kalo korang rajin bela siput khinzir, kaya la korang...kalo malas bela siput tu hatta malas korek emas walaupun emas tu ada kat belakang umah ko merangkap bekas perigi korang yang korang sll basuh kat situ lepas melabur selepas makan nasi kandar basi berlauk ayam golek yang separuh harga ( panjangnyer) korang miskin gak...

bila korang yakin...segala boleh jadi...setan pun takkan dapat dekat dengan korang kalau korang yakin yang setan yang tak hensem tu tak leh dekat dengan korang...kalau korang yakin korang boleh terbang, korang pergi la lompat flat tingkat 20...kalau tak boleh terbang, kira korang tak cukup yakin ler....hahaha ingat, Allah akan mengikut kehendak hambaNya..ini aku cakap dalam kontek yakin ler...

itu yakin dalam Islam...dalam sains plak...ada theory LOA(masuk youtube taip Law Of Attraction), Quantum, mind power, mind blogging dan lain²...segalanya dah diajar oleh Nabi kita...mat saleh yg tak sunat pun kutip ilmu dari kita...ni kita yg dah sunat...takkan tak mau amik kot....pastu siap ada yg blamekan Allah...

antara ayat² femes "Ya Allah, kenapa aku yang kena?" " awat aku ditimpa masalah" "kenapa" "mengapa" "bla bla bla"

laaa....dah ko tu hambaNya...suka hati la Allah nak buat apa pun...nak sumpah korang jadi itik tak reti berenang ke terima je la...yakin, sesungguhnya baik bagi mu tak semestinya baik bagi mu dan buruk bagimu tak semestinya buruk bagi mu...Sesungguhnya Allah maha mengetahui...sila rujuk Ustaz berdekatan utk pengetahuan lanjut..

kita masuk bab jin..kenapa orang kita kalau pegi ke Gunung Jerai boleh kena sampuk padahal mat salleh( kesian salleh bkn salleh yakoob tau) bawak anak dia umur 3 hari naik gunung tak jd pape pun...sbb diorang tak yakin dengan hantu kita...

kenapa Bush tak kena santau? sbb dia tak yakin
kenapa kita tak jumpa drakula kat negara diorang? sbb kita tak yakin

paling senang...korang bayangkan korang jumpa drakula kat toilet korang sekarang, apa korang buat? silap² balik bilik, amik kamus BM-BI pastu sembang omputih...sbb tu jin tak bertukar jd drakula...takut kene gelak(kalau aku amik gambar dah,pastu letak kat myspace)..hahaha

ramai org Melayu(boleh kata 99.8%) percaya dengan hantu sbb diajar oleh nenek moyang kita yg buta IT tu...ye la,zaman dulu mana ada IT..bukan salah ibu mengandung tapi salahkan ayah yang tak pakai sarung...maksud aku, kita jangan salahkan nenek moyang tapi salahkan kita yg tanak berfikir walaupun otak kita ni cukup sempurna....Kun kata Allah, Fayakun kata Muhammad...wajib bagi kita kata jadi dan harus bagi kita tak jadi...jeng jeng..pening? sila rujuk guru musryid berdekatan...senang kan aku...ajar² pastu org tak paham, aku lepas beban kat org² berdekatan korang..hahaha

mmg jin boleh masuk badan kita sesuka limpa diorang, tapi itu disebabkan kita yang membuka pintu kepada diorang...dengan YAKIN yg diorang boleh masuk...YAKIN diorang wujud...cuba ko tanya org yg tak yakin pada hantu, ada diorang jumpa hantu? tanya org yg takut sangat dengan hantu...ada diorang jumpa hantu? wat perbezaan...blajar berfikir guna otak bukan lutut..

aku bagi satu cerita..
ada sorang ni,Kassim ( bukan nama sebenar ) dia cukup tak percaya dengan hantu...siap boleh tido semalaman dalam kawasan perkuburan semata² nk tengok hantu, tapi tak nampak² gak..siap mintak " oi hantu, tunjuk la muka ko...aku nk mintak otograf, xdapat sain dapat cium bau pun jadi la...paling koman² ko kentut la skali, aku nak dengar" tapi malangnya tak dengar² bunyi kentut ( mungkin hantu semua tu sihat kot, xde angin dalam perut)...dia pun pegi jumpa orang...kononya seeker la...cari hantu...tak jumpa² gak...bertambah yakin la hantu tu tak wujud...siap sumpah seranah kubur cina lg sbb umah dia belakang kubur cina, so dia lepas geram la...hantu xmuncul² ( mungkin hantu cina tak paham bahasa Melayu kot)..then dia pun sembang la dengan kawan dia dengan penuh riak sekali " aku tak percaya la hantu² ni, merepek jer...stakat dalam wayang aku pun boleh buat.." pastu kawan dia sound " oi kassim baba, ko jangan berlagak..karang jumpa betul² baru tau..kawan aku punya kawan penah jd macam ko, cakap besar pastu dia jumpa hantu tu tengah main daun terup"...nak dijadikan cerita kassim pun balik..masa lalu kubur cina tu dia nampak hantu...tengah makan buah limau...jen jen jeng...tekejut manusia kawan tu...siap tak lari lagi ( ye la, dia naik moto)..

Kesimpulan aku nak cerita...mula² Kassim tak yakin..so dia xnampak hantu..dia tutup pintu supaya hantu boleh menzahirkan diri utk takutkan Kassim yang belagak tu...pastu kawan kassim tegur jgn eksen sgt, nnt jumpa sbb kawan dia punya kawan punya kawan dh kena...so secara tak lansung kawan kassim dah trigger atau dah buat Kassim percaya walaupun sikit...jadi, pintu kebatinan dia dah terbuka...hantu pun hepi la...leh masuk...jadi hantu dah boleh menzahirkan diri dia utk takutkan Kassim...

korang tak percaya? tengah mlm korang pegi kubur ke jeti lama ke atau tempat² yg angker..korang niat " Ya Allah, kau buka kanlah mata aku supaya aku boleh melihat hantu" yang penting, korang yakin yang korang boleh nampak...korang tengok la korang nampak apa nnt...kalau tak nampak gak maksudnya korang tak yakin la...ataupun korang rabun dah tertinggal spek mata...atau pun korang terlupa nak buka mata...pejam tu pejam terus...takut punya pasal..hahaha

korang boleh jd bomoh kalau korang yakin...yakin seyakinya...itu yg ssh nak dapat dan itu adalah keypoint mind power..yang best nya tentang mind power ni...korang boleh mind reading..telekinesis..main² aura..geletek orang tanpa sentuh..minum air kosong rasa mcm air sirap bandung dan lain²...

sebagai bukti...ada kes yang pusat perawat penipu...dia claim dia boleh sedut darah kotor guna telur..padahal dia dah injet darah dalam tu siap²....memang dia tu menipu..tapi mcmana pesakit boleh baik?dah kata tipu, tapi leh baik plak...ape ni?

ada kawan² aku ingat aku ni org super la, wali la, ape la sbb aku boleh kurniakan kebolehan pada diorang...padahal aku tak buat apa pun..aku tak baca pun...aku cuma yakinkan diorang yang aku dah buat diorang boleh mind reading orang lain...alaa....aku buat gempak sket..konon² baca sesuatu, aku hembus, mintak air, suruh dia minum sambil selawat, pastu aku amik air tu sikit, aku lap muka dia...tup tup..dia boleh baca pemikiran org lain...hebat tak?aku bukanya tambah power kat dia sbb aku pun tak de power..yang power hanya Allah...tapi aku menyandarkan keyakinan dia pada aku..mcmana kita menyandarkan keyakinan pada ubat utk pulihkan kita..tetapi bukan ubat..yg mengubat kita adalah keyakinan TETAPI mesti disertakan dengan kehendak Allah..hahaha kelakar bila aku pikir balik...sori la kawan aku yang baca artikel ni...aku bukan wali mcm ko sangka..aku bukan sehebat ko rasa dan aku bukan niat nak menipu ko...cuma aku gunakan ilmu sains utk perdajal ko sambil membuat eksperimen utk tambah keyakinan aku..kira ko tu tikus makmal aku lar...

apa yg nak aku kata...korang jangan dok takut sangat dengan semua tu...korang yakin, fokus dan sama waktu denganya...

aku bahagi tugas...

Kita = Usaha, Yakin, Tawakal
Allah = Approve atau Tidak

Allah sayang kita, sayang sangat²..walaupun jahat mcmana pun..Allah tetap buka pintu taubat..tetap ampunkan kita melainkan dosa syirik...so kebanyakan Allah akan approve melainkan itu bukan hak kita...yang penting...Usaha dulu, pastu Yakin akan menjadi dan kemudian Tawakal pada Allah...kalau Allah izinkan maka jadilah ia..kalau tidak..usaha lagi..dan yakin lagi

INGAT!!!! jin, setan, iblis, kucing jadian, langsuir, toyol, hantu kopek, hantu raya, saka, harimau jadian, hantu galah, kelingwon, pendamping, puteri bunian, panglima hitam, kuning, oren, hijau kemerahan, pink, biru, indigo, violet, drakula, werewolf, harry potter, spiderman, keluangman, power puff gurl, spongebob, dewa-dewi, sihir dan makhluk² halus ni tak de hak utk masuk atau kacau badan kita kalau kita claim yg badan kita ada hak mutlak kita...kita adalah zat mutlak..dan jika kita yakin yang kita adalah zat mutlak..dan dah nama pun mutlak...mesti la tak leh bercampur dengan menatang lain kan? kalau bercampur bukan la zat mutlak namanya...tu mungkin mumaiyis atau mughalazah atau lain² ikut pada kecerdikan masing² utk berimiginasi..

akhir kata

KITA ADALAH MAKHLUK YANG PALING SEMPURNA PENAH DICIPTA OLEH ALLAH, JADI MENGAPA KITA BENARKAN MAKHLUK LAIN MENGUASAI KITA?
MENGAPA PATUT TAKUT PADA BENDA² LAIN SELAIN ALLAH?
MENGAPA KITA TAK GUNAKAN KELEBIHAN KITA SEBAGAI SEMPURNA ITU?
KENAPA TIDAK YAKIN PADA KITA YG KITA NI MAKHLUK SEMPURNA?
KENAPA TAK YAKIN PADA ALLAH YANG MENCIPTA KITA NI MAKHLUK SEMPURNA?
KENAPA MENGELUH BILA DITIMPA MASALAH?
MENGAPA TIDAK GUNAKAN POTENSI MAKHLUK SEMPURNA KITA?
MENGAPA TIDAK YAKIN PADA APA YANG AKU TULIS NI?
MENGAPA AKU KATA NI AKHIR KATA TAPI AKU TULIS BANYAK²?

p/s : aku bukanya ustaz, mufti, wali, dukun santet atau sapa² yang sama taraf denganya..aku hanya org biasa yg bercakap seorang diri...kalau tak paham, tanya...malu tanya sesat jalan, malu makan nasi perut lapar..

Wednesday, March 18, 2009

Caci MengCaci

Caci...bukan cacing kompos..sejenis perbuatan org bila nk tutup kelemahan sendiri..atau rasa diri sindiri tu bagus sangat...

(Apa nak buat bila anda di caci?)
Seseorang telah bertanya: Saudara, saya seorang yg gemok…saya selalu diejek kerana kegemukkan saya…apakah yg perlu saya cakap kepada mereka yg selalu mengejek saya? Apakah berdosa apabila saya tidak mencegah kemungkaran mereka?Apakah hukumnya bercakap kasar…? (bla bla bla)

Soalannya panjang lagi dan siap mintak tips untuk kurus..apa2pun, aku bukan ustaz, dan juga bukan pakar kesihatan..malahan aku seorang yg kurus mcm papan playwood…oh… Senang cam gini lah…kau cakap sajer kat org yg ejek kau gemok tu : “HOI!!, KAU EJEK AKU GEMOK..NANTI KAT AKHIRAT, KAU KENA MAKAN DAGING AKU TAU!!! BANYAK PULAK TU..BOLEH HABIS KE? HA HA HA!!! (ketawa)

aku bukan nak hina sape2…tapi sebenarnya bila ada org hina kita, itu dah menjadi sumber tambahan pahala , ingat senang ke nak buat ‘kelas tambahan’…he he he..nak harapkan solat sunnat beratus ratus rakaat…tak termampu…dah ada org kutuk kita…kira OK apa! Kita dapat pahala free..aku ulangi; FREE!!!!

Kalau org tu tak de pahala, org munafik misalnya…camne? Huh! Tuhan Maha Adil…kalau diorang takde pahala..diorang kena ambik dosa kita.…kan bagus macam tuh…jangan cakap pulak kau tak de dosa langsung…!!! Aku pijak perut kau tu karang..ha ha ha

Tapi oleh sebab iman manusia yg lemah kekadang bila org kutuk korang, korang rasa rendah diri,,rasa nak bunuh diri…dan korang rasa nak caci balik diorang..tak payah..tak payah jawab cacian org pada kita…biarlah org nak kutuk kita.. Tapi aku kadang2 jawab gak bila org kutuk aku…

terutamanya mamat ni,merangkap kawan aku ha ha ha.. Cth: Org kata: Engkau ni tak hensem langsung..macam mayat je muka engkau… Aku kata: biar muka macam mayat, tapi (tentu korang fikir aku jawab, biar hati bersih/suci/murni bla bla bla kann?kan?kan?..ni ha aku jawab)biar muka macam mayat janji awek aku cun…!!!!

Terus senyap mamat tu, maklumlah muka awek dia..eh..tak baik mengumpat..

Org kata: kalo engkau simpan janggut macam kambinglah brother…. Aku kata: hek eleh, , kalau org simpan janggut, kau cakap cam kambing, yg korang lari cari tempat teduh time hujan turun kau tak cakap pulak macam kambing!

Org kata: kenapa kau naik motor, kau kan nak ikut sunnah, kenapa tak naik unta ke, kuda cam Nabi buat? Aku kata: Hek elehhhhhhh mamat nih, Nabi mana ada ajar doa naik unta@kuda, nabi ajar doa naik kenderaan, aku naik lift pun baca doa nih!, kalau kau terer, aku nak belajarlah jugak doa naik unta dan kuda ha ha ha…

Org kata: kalau kau ni betul, kenapa Harun Din tak ikut engkau..
Aku kata: kalau aku salah kenapa Harun Din tak halang aku!!!

W.A.L.A.U.B.A.G.A.I.A.M.A.N.A.P.U.N.!!!!
Org bodoh je yg asyik berdebat..jadi aku nasihatkah kat korang tak payahlah jawab apa-apa cacianpun..jadi kool macam Nabi kita …senyum ajer..walaupun di keji dan di caci…kalau nak jawab gak, jawab kau punya pendirian, tak payah nak terangakan apa-apa yg org tak nak paham..last sekali, bukan nak cari kebenaran..

tapi nak menang, senang jer...siapa paling pandai berhujah, siapa paling pandai memalukan pihak lawan..siapa paling pandai cari kelemahan pihak lawan lalu tukar menjadi lawak spontan..

ni aku tengok dalam parlimen pun macam ni…semua jadi jahil…

Org kapir bila berhujah macam2 kat nabi, korang tahu Nabi jawab apa?"Sekiranya bulan di letakkan di tangan kiri dan Matahari di tangan kanan, aku takkan tinggalkan kerja daqwah…(lebih kurang maksud)
Nampak?!
Nabi jawab dia punya pendirian..jelas dan terang…

satu contoh yang paling elok kalo ada org tak paham2 mesej aku ni

KALAU ORANG CAKAP ENGKAU PEREMPUAN, SEDANGKAN ENGKAU CONFIRM LELAKI..TAK PERLU TUNJUK KEMALUAN UNTUK BUKTIKAN JANTINA KORANG..TAK PERLU!!!!

Biarlah Allah yg buat keputusan… Zaman Nabi dulu satu mekkah cakap Nabi gila dan ahli sihir..Nabi kool sajer..takdelah nak buat demo “aku bukan ahli sihir bla bla bla” tak perlu… Tak perlu tunjuk perasan korang kat orang..yg betulnya korang tunjuk perasan korang kat Allah..

macam seseorang cakap: Carilah ketenangan dalam diri sendiri.. Ibadat sepertiga malammmmm….

La ni aku tengok, ada golongan yg bercakap kasar dalm berdaqwah, caci sini sana..bila aku tegur…diaorang cakap: Tuhan pun mencaci dalam Al-Quran, celaka firaun dan binasa Abu Jahal..bla bla bla..huh! aku pun banyak gak cakap kasar..tapi aku rasa tu aku punya nafsu amarah aku yg terlepas cakap..alaaa...biasa la darah muda...hehehe(cari alasan) dan aku tak akan gunakan dalil dan Nas untuk sokong aku punya nafsu..dan aku tak nak berdebat…tp aku nak jawap gak apa yg diorang kata tu..ni bukan nak berdebat ni..ni kira macam muzakarah-lah ni..

bg aku: Tuhan boleh mencaci manusia kerana Dia adalah Tuhan…yg engkau sesuka hati dan nafsu caci nista di sana sini..engkau tuhan ke?(tak perlu jawab soalan ni..) Dan!!!!..dah..dah..cukup setakat tu…

moralnya adalah: Tak perlu buat ujian DNA kalau jiran engkao cakap engkau adalah makluk asing.!!

org yg berjaya di dunia adalah terdiri dari mereka yg mempunyai daun telinga yg ‘tebal’…macam Dr M..dah berbuih2 mulut org kutuk/hina caci dia..tapi dia selamba menuju puncak… (esh..en.aku ni org UMNO ke?, selalu puji Dr M…bla bla bla )
Hek..eleh..apalah korang ni..sempat jugak berpolitik kat sini..ok, lah aku hiburkan nafsu korang…err…kat mana tadi? Ha! Kat sini.. biarlah org nak kutuk kita..ingat org yg berjaya di dunia adalah terdiri dari mereka yg mempunyai daun telinga yg ‘tebal’…macam Tok Guru Nik Aziz..dah berbuih2 mulut org kutuk/hina caci dia..tapi dia selamba menuju puncak ke puncak… Ha ha ha dah puas nafsu engkau?!!!

Dan yg paling best, Macam Nabi kita..berkarung-karung org kutuk.hina/caci/laknat dia..tapi selamba menuju ke puncak…puncak shurga…. (jumpa di sana ye…, tingkat 7 shurga firdaus..amin..)

Sabda Nabi (plus minus): Buatlah hubungan dengan Allah sehingga orang bodoh kata kamu gila!!! Buatlah hubungan dengan Allah sehingga orang munafik kata kamu ahli ria’!!! Aku pernah di tuduh ria’ kerana sibok menasihati org sana-sini…he he he biarlah aku mengzahirkan hadih ini dengan cara sebegini…(macam ria’ pulak aku tulis cam gini..oh..hahaha) Jangan jadi cam gini…korang baru nak pergi masjid..tiba2 member sound, apalah kau ni berlagak alim..terus tak jadi pergi..memang kesian lah kat engkau…atau korang baru nak simpan janggut ikut sunnah, member kutuk macam kambing..lalu korang cukur janggut jadi licin macam khinzir…jangan macam tu kawan…korang tahu apa itu ikhlas?

Ikhlas adalah(secara amnya): Meninggalkan larangan Allah kerana Allah…membuat perintah Allah kerana Allah…jadi korang yg meninggalakan perintah Allah kerana member hina nak katogorikan sebagai apa!!! Iulah bodoh namanya….. Org yg bodoh adalah org yg peduli dengan apa yg manusia kata…(rujuk kisah Luqman NurHakim dan anaknya)..kalau kau dah yakin apa yg kau buat tu betul…go on…persetankan mereka…(setan di gunakan sebagai symbol kebenaran korang..ha ha )

Satu contoh: Aku berjalan2 dengan kawan aku sambil tangan silang belakang…org kata kami berlagak, aku dan kawan aku pun berjalan dengan tangan taruk dalam pokot..org kata kami tengah stim (cover zakar yg tegang)..maka kami pun berjalan dengan memeluk tubuh..org kata kami sombong..kamipun berjalan berpimpingan tangan..org kata kami gay…tah tah kalau aku pun boncengkan dia kat belakang, org kata dia zalim bonceng kawan dia yang dah kurus..kalau aku plak naik belakang dia..org kata aku gila…last-last aku dan kawan aku berkerjasama dengan teguh membelasah mereka dan keluarga mereka..ha ha ha beru puas nafsu aku!!

Nota: semua contoh kejadian ini berlaku secara maya-harap maklum.

Moral: kalau engkau dah berada di jalan yg benar…jangan peduli lagi apa orang kata… Masalah: benarkah korang berada di jalan yang benar?
Cadangan: Pergi rujuk ustaz..ha ha ha!!!

Kesimpulan: Penulis bukan ustaz,ulama, mufti, kiai, sufi, wali atau ahli fatwa kebangsaan, jadi sebarang komen, nasihat, kutukan, laknat , caci, maki, nista, dan teguran dari korang amat berpatutan…!!! Caci-maki saja diriku Bila itu bisa membuatmu Kembali bersinar Dan berpijak seperti dulu kala

P/S :semua diatas adalah luahan hati aku kepada aku sendiri...leh kata gila pada org yg tak paham....hehehe

Tuesday, March 17, 2009

Cara Hilangkan Marah

Bagaimana hilangkan MARAH? (untuk warga israel,amerika,denmark dan seluruh warga dunia yg membencinya)

Kasihan umat islam sekarang..berdoa ntahapapanthah!(termasuk aku kadang2) Ada yg mintak panjang umur… Aku cadangkan lebih baik korang mintak jadi kura2 boleh hidup sampai 200 tahun! Ada yg mintak nak makan banyak….aku kata, korang mintak je dari Allah jadi gajah, Gajah makan 1 tan sehar√≠ korang tahu?Ada pulak yg mintak rumah besar…he he he kau duduklah dalam zoo, rumah besar, makan free, hari2 org datang ‘ziarah’

Nampaknya manusia tak sedar yg mereka ni nak jadi binatang..maaf, kalau ada yg tersinggung, kalau tak suka tak payah baca…aku bukan ustaz, memang korang boleh hujah@pertikai apa yg aku kata nih… Ada pulak yg nak kahwin ramai2, tak salah..dalam islam paling ramaipun 4 jer…kalau nak betul2 ramai mintak je dengan Allah jadi ayam, sebab ayam punya bini unlimited !

Yang ni lain cerita pulak, belajar ugama supaya boleh terbang macam tok guru dia, aku ‘shor’ jadi burung terus…ada pulak yg nak jalan atas air, memang Hebat dapat jalan atas air macam labah2!...ada pulak yg doa nak menyelam lama2, aku kata lebih baik….argh tak payah sebutlah korang semua dah tahu binatang apa yang duduk dalam air…

Tapi semua yg di atas tu masih boleh di maafkan,,yang paling dahsyah, aku nak cerita hari ini…org yg doa supaya Allah turunkan Bala kat org kafir, doa LAKNATkan org kapir..mereka dah lah mati masuk neraka, korang pulak doa cam tuh…kasihan..kasihan…

Kalau korang nak tahu bila Nabi Nuh a.s mintak Allah turunkan bala? Selepas 980 tahun buat daqwah…, korang doa bala2 nih dah berapa lama daqwah kat org kapir tu?Lepas Nabi Nuh doa, Allah makbulkan dengan janji akan datangkan banjir besar, jadi Allah perintahkan Nabi Nuh buat kapal besar..Nabi Nuh tanya camne nak buat kapal, pokok takde? Allah suruh tanam dulu..berapa lama pulak Allah bagi peluang kat org kapir ni untuk taubat korang pikir2kanlah…

Nabi Yunus a.s pulak,bila dia doa bala?Allah bagitahu buat daqwah lagi 40 hari , hari yg ke 40 Allah turunkan bala… pendek cerita hari ke 39 nabi Nuh dah lari naik kapal takut kena bala…akhirnya Allah murka lalu Nabi Yunus dapat 4 kegelapan, dicampak ke laut yg hitam pada malam yg gelap dan ditelan oleh dua ekor ikan(ikan makan ikan)… pendek cerita lagi… dah ikan tu muntahkan Nabi Yunus selepas 40 hari,Allah perintahkan pulak Nabi Yunus buat bikar@pasu@tempayan yg besar dan cantik..beberapa hari Nabi Yunus ambil masa siapkan pasu tu , maklumlah Allah suruh..bila Siap, bukan main cantik dan besar pasu tu…Lepas tu Allah perintahkan Nabi Yunus pecahkan pasu tu! Terkejut Nabi Yunus as…Allah buat perumpamaan lebih kurang.. adakah aku cipta org kapir itu untuk dibinasakan?… Jadi korang semua…Adakah korang ingat Allah cipta org kapir tu hanya untuk menjadi BAHAN BAKAR Api Neraka? Org kapir duduk neraka tingkat ke-3, org yg berpura2 islam duduk neraka bawah sekali!(naudzubillah) Pengsan Nabi masa dengar cerita tu dari Malaikat Jibrail

Ingatlah wahai kawan-kawan, satu org kapir mati semua org islam berdosa tau! Nabi bila ada mayat yahudi ‘lalu’ depan baginda, Nabi menangis…sahabat hairan..Nabi jawab, tahukah kamu mereka akan kekal selamanya dalam neraka... Aku jika sempat tengok ‘bersama-mu tv3’, kalau org islam susah, aku takde hal, tapi kalau org bukan islam hidup susah dan merempat, aku sedey woo..kasihan, atas dunia dah macam tu, akhirat ?

isk..isk…( mereka ‘perwira’ di medan derita-neraka-)

INGATLAH doa org yang terinaya adalah sangat makbul..walaupun seorang kapir….sekarang siapa yg terinaya: kita org islam ke atau mereka org kapir? mereka org bukan islam telah di zalimi oleh org islam kerana tak menyampaikan daqwah kepada mereka…sebab tu bila org islam perang dengan org kapir-org kapir menang-sebab mereka telah di zalimi-org islam tak daqwah mereka…

Zaman ini bilangan org pergi haj√≠ dan bilangan org islam lebih ramai berkali2 ganda dari bilangan org islam zaman Nabi, dan ada yg doa, “Ya Allah Laknatlah denmark, America, israel, bush, mesir, pak man telo, mamat yg tipu duit aku RM100 dll.
Tapi bila perang Amarika-iraq, Amarika-afghanistan, Israel palestin, Serbia-bosnia..mana pergi 1000 malaikat yg tolong sahabat dalam perang badar? Mengapa Allah tak tolong org islam? Ingat dalam sejarah islam kemengan hanya apabila Allah bantu kita…ahli badar 313 org adalah mereka2 yg telah menunaikan hak daqwah pada org kapir selama 13 tahun kat mekah…so logic Allah bantu mereka…tapi hari nih kita nak berperang dengan denmark, dah berapa lama buat daqwah kat mereka..satu jam? Seminit?menangislah kawan..

Nabi s.a.w pesan kat Khalid r.a selaku ‘pedang Allah’ agar sebelum berperang buat daqwah 3 hari dulu, kalau mereka tak nak suruh mereka bayar “macam zakat”..kalau tak nak jugak ,HA! Baru serang!!!
Wahai sahabatku..ingat, kita tidaklah sebaik Nabi Musa a.s dan mereka tidaklah sejahat firaum (mengaku tuhan)…tapi, Allah tetap perintahkan Nabi Musa berdaqwah dengan lemah lembut (hiqmah)pada firaun…
Aku tahu korang tengah marah, aku pun marah gak bila mereka lukis karekator Nabi sampai cam tuh, Palestine kena serang, Islam dipijak, kena kutuk dengan mmb, org xbayaq hutang…Tapi kalau nak marah, marahlah kerana Allah, bukan nafsu..

Marahlah cara Nabi kita marah… Macamana? Seorang sahabat bertanya pada Nabi, amalan apa yg paling baik?(lebih kurang maksud)
Jawapan dari Rasul s.a.w:
JANGAN MARAH
JANGAN MARAH
JANGAN MARAH…. (Nabi ulang 3 kali)

ORANG BERIMAN ADALAH BERSIFAT MENELAN MARAH” (hadith) Maknanya marah memang dah ada Cuma korang kena telan marah…!

TAPI bila korang telan marah sahaja korang akan dapat penyakit2 lain..(pulak…)
Org melayu ramai kes macam ni, bila marah, dia telan, siap senyum tu, tapi lama2@lama kelamaan datang penyakit baru iaitu AMUK!
Kes Hang Jebat!
Pasir Salak!
Sultan Mahmud mangkat di julang! Bla la bla!

Jadi bila korang dah telan marah korang kena buat dua perkara lagi iaitu: Maafkan dan bagi hadiah, amacam boleh?
diulangi: 3 CARA MENCEGAH MARAH:
1.Telan Marah
2.Maafkan.
3.Bagi Hadiah.

Jangan ingat yg ni rekaan semata2 tau...Nabi dah praktikan dah 1400(plus minus) dulu

Cerita 1: Bila Nabi lihat mayat Saidina Hamzah selaku bapa saudaranya di lapah2, anggota badan di potong2, jantung dikeluarkan, apa Nabi buat? Nabi bercadang nak lapah 70 mayat org kapir macam tu juga…. Tapi Allah tegur… “maafkan lebih baik”. (((Ha! Untuk org yg bergaduh, bila aku mintak maaf, tak nak maaf, bila aku cakap: “lagikan Nabi ampunkan umat”, korang siap jawab;” “Itu Nabi, nabi lain, taraf dia tinggi” Woi manusia!, (aik? Marah nampak)Nabi yang takde dosapun nak lebih baik, nak maafkan, apatah lagi korang yang bergelumang dengan dosa!(termasuk aku), jadi: maafkanlah aku wahai kawan, maafkan aku wahai mahluk tuhan… Arghh! Kalau semua kesalahan boleh di maafkan hanya dengan ucapan maaf, APA GUNANYA BALAI POLIS? Lantak engkau lah!, kau tak nak sory aku naik lorry, tak pun naik feri…)))

Ok OK..Sambung balik,Apa Nabi buat?

1. Nabi Telan marah….(semua dari Allah)

2. Nabi maafkan Hindun yg buat kerja2 tuh?

3. Nabi bagi hadiah kepada hindun berupa doa hidayat… Akhirnya Hindun masuk islam dan pembunuh Hamzah r.a. juga masuh islam. Hindun yg pernah bersumpah tak nak masuk islam cakap:Bukan aku yg masuk islam tapi islam yg telah masuk ke dalam aku… (Subha naAllah)

Cerita 2.
Nabi di baling batu di taif(rujuk:Apa itu hijrah?)
Apa Nabi buat

1. Nabi telan marah(nabi menangis mengadu pada Allah, Nabi tak marah2)
2. Nabi maafkan org Taif(Malaikat offer nak datangkan bala-Nabi tolak)
3. Nabi bagi hadiah berupa doa hidayat

dan akhirnya anak org2 taif telah masuk islam dan mengetuai jemaah daqwah ke Asia..(satu org alim cakap sekiranya Nabi benarkan Malaikat hancurkan Taif, kita hari ni sembah pokok dan batu..)

Cerita 3. Seorang sahabat kematian anaknya akibat hamba sahayanya dengan tidak sengaja telah tertumpah air panas.

Lihat apa sahabat buat:

1. Sahabat telan marah(pada mulanya dia memang nak marah, tapi bila dia lihat hamba dia menangis dan berkata”maafkan hamba, tidak sengaja” maka dia tahu semua ini adalah dari Allah.
2. Sahabat maafkan Hambanya.
3. Sahabat bagi hadiah iaitu kebebasan…

Di beritakan Sejak sahabat2 Nabi amalkan hadith ini, bilangan hamba2 semakin berkurang dan akhirnya tiada terus….

Cerita 4.
Seorang hamba Allah telah lakukan banyak kesalahan dan Hamba Allah ini hanya ada iman sebesar zarah.

1. Allah hilang Murka bila hamba ni bertaubat(walaupun dalam neraka)
2. Allah ampunkan dosa dia
3. Allah bagi hadiah iaitu syurga….(yg luasnya 10 X dunia! Punya besar, siap bidadari kiri kanan)

Cerita 5(bukan hadith)

Isteri kawan aku baru saje mandikan anak, sementara dia mengambil kelengkapan bayi dia kawan aku pun bermain dengan anaknya.tiba2 anak dia pancut air kencingnya ke muka dia! Mari kita lihat apa dia buat:

1. Dia telan marah(bukan telan air kencing hmmm ape ni rasa masin2..isk..)
2. Dia maafkan anak dia (alah…bebudak)
3. Dia bagi hadiah iaitu pampers dan susu dan dodoikan anak dia tidur dengan menyayi beberapa buah lagu…(kira hadiahlah sebab pampers dan susu dia suruh aku beli kat Giant: peneraju harga terendah he3)
Korang tak setuju?
Korang tak nak bagi hadiah?
Kalau tak nak bagi hadiah janganlah marah!

Banyak lagilah cerita2 yg korang dan aku boleh ambil iktibar, kalau korang ingat masa Nabi dan para sahabat nak gi Haji tapi org kapir sekat tak bagi masuk dan buat perjanjian ‘hudaibiah’….lepas tu bila tanda tangan mereka org kapir tak nak tulis perkatatan Pesuruh Allah yg membuatkan sahabat meradang, tapi Nabi ‘cool’…lepas tu Nabi suruh sahabat patah balik, korang bayangkanlah jalan kaki dari johor bharu ke KL lepas tu kena patah balik, tapi nabi‘cool’…
bila Nabi botakkan kepala, barulah sahabat2 faham kesungguhan Nabi dan mereka2 yakni para sahabat telah mencukur rambut mereka sampai berdarah2 kerana menahan marah….telan marah…maafkan….dan perjajjian itu telah di anggap ‘hadiah’ oleh org kapir..macam berat sebelah, tapi Allah Maha Mengetahui… Antara perjanjian itu adalah: Gencatan senjata.
Tidak boleh berperang, maka barulah org islam dapat bergaul bebas ngan org kapir, Kalau kita tengok 13 tahun Nabi berdaqwah di mekah 313 org je yg ikut gi perang badar, lebih kurang 10 tahun kemudian Nabi bersama 10 ribu sahabat nak pergi haji…tapi lepas perjanjian tu beberapa tahun kemudian bilangan sahabat telah mencecah 124 ribu org…kenapa?

Kerana akhlak orang islam bagus-bagus, org kapir datang madinah terus terkesan…

tapi hari ini,

akhlak org islam berada pada paras yg membimbangkan, kalau banjir, leh lemas…Org kapir bukan saja tak nak masuk islam malah TAKUT jadi macam org islam…salah sikit..bakar! silap sikit…rusuhan! Doa laknat merata2…

Org kapir takut org islam hampir pada mereka, takut kat badan org islam ada BOM! Penutup..

Ya Allah berilah Hidayat pada Saidina Umar yg nak bunuh Nabi…
Ya Allah berilah Hidayat pada Saidina Khalid yg membunuh 70 org islam dalam perang UHUD… Ya Allah berilah Hidayat pada Hindun yg makan hati Saidina Hamzah…
Ya Allah berilah Hidayat pada Penduduk Taif yg baling batu pada Nabi…
Ya Allah berilah Hidayat pada Supian yg banyak menghina Nabi…
Ya Allah berilah Hidayat pada Denmark, Amerika, israel..dll
Ya Allah berilah Hidayat pada org yg tulis ni…
Ya Allah berilah Hidayat pada org yg baca ni…
Ya Allah berilah Hidayat pada org yg menghina
Nabi Ya Allah berilah Hidayat pada org yg laknat mereka yg menghina
Nabi Ya Allah berilah Hidayat pada Seluruh umat
Kekalkanlah aku dalam hidayat..
Jadikan aku asbab hidayat Amin…

Ps: Bertaubatlah sebelum menjadi kena usung nnt…kalau korang marah kat aku pasal tulis ini, korang kena telan marah, lepas tu maafkan aku dan yg paling best: KORANG KENALAH BAGI HADIAH HE HE HE...