Sunday, November 8, 2009

Bersyukur

masa aku kecik2 dlu..mak aku sll pesan "wahai anakku yg comel, hensem lagi kaya..cakap tu bebaik sikit..cakap tu doa"..mulanya aku tak percaya...ye la, aku cakap je..bukan mintak doa kat sapa2 pun..lagipun aku sll menyumpah mat-mat rempit jatuh, tak jatuh2 pun..

setelah gunung ku panjat, lautan ku renangi, hutan ku redahi..baru aku sedaq(sbb tu mimpi jer)..ler betul la mak aku cakap selama ni..cakap itu doa..

worang kata la, Allah mengikut cakap hambaNya..dan kalau ikut mat salleh, diorang panggi LOA yakni Law Of Attraction..

kalau ko cakap ko hensem, ko percaya yg Allah akan bagi ko hensem..ko jangan risau, mesti hensem punya..koman2 pun korang perasan korang hensem..haha

kalau dalam LOA..paling penting adalah bersyukur..berterima kasih..tp semua ni kita tak sedar..kita tak penah bersyukur dengan apa yang ada..yang keris panjang 4 inci, nak 7 inci..per da..diorang tak fikir ada org tak da keris terus..dah pompuan, manada keris...hahaha
siap ada yg tak puas hati jadi lelaki, nak jadi pompuan..penah aku ceramah sorang pengkid ni " ko sedar la sikit, ko ni kencing duduk ke kencing berdiri..setakat kencing pun tak boleh ubah, inikan nak mengubah ciptaan Allah yg maha hebat" dan mcm biasa jawapan aku dapat " biar la, kubur masing" hek eleh mamat eh minah ni..memang la kubur masing2 tp sekali Allah hantar bala, dengan aku kena sekali tau..buta2 je aku tengah dok main guli kena tsunami karang..Nabi Muhammad telah mengajar kita supaya bersyukur..benda pertama kita kena buat bangun tido adalah bersyukur (sila rujuk maksud doa bangun tido)..maksudnya sebelum kita buat apa2 bersyukur..berterima kasih..terima kaseyyy kata alleycat

bersyukur ni besar pengaruh dia..kalau setiap org bersyukur kat donia ni, mesti tak da kes rompak, mesti tutup kedai judi, tak ada kes rasuah, tak de la kes sebat awek member, geng2 along tak dapat la cari makan dan xle la umah kena simbah cat merah..

aku suka dengan bersyukur ni..secara tak langsung akan menteteramkan jiwa kita..muahaha rilex je beb..ala2 bob marley..apa sahaja bala datang..kita rilex..muka ada sinyummm..

tengok aku..bersyukur je, walaupun aku tak penah puas dengan apa yg aku ada (lumrah manusia okay) jadi, walaupun aku bersyukur, aku sentiasa berusaha memajukan diri aku dari segala aspek..aku kasi contoh...aku bersyukur aku sihat, tapi aku tetap makan ubat mengkudu utk menyihatkkan diri aku...contoh lain, aku bersyukur rambut aku itam,lebat dan tak da kelemumur tapi aku tetap guna syampoo noni utk rambut aku..cewah, sempat promote barang jualan aku lagi tu..hahaha kalau ada yg minat sila lihat www.nzimnoni.blogspot.com utk maklumat lanjut..hehe sedangkan hot.fm ada iklan inikan blog aku..mesti la ada..haha apa yg aku nak cakap selain daripada tengok blog noni tu ialah.walaupun kita bersyukur kita tetap berusaha memaintainkan atau memajukan apa benda yg kita syukur..fuh bebelit gak aku cakap..hahaha

korang fikir la..mcmana korang nak bagi kat anak korang RM100 padalah bila korang bagi RM1 pun diorang membebel tak cukup? cuba korang bayangkan, anak korang mintak duit kat korang..korang memang niat nak bagi 100 kat anak korang tp korang saja bagi dia RM1 dlu..tengok2 dia membebel tak cukup la, nak beli apa la, baik bagi kat pengemis la bla bla bla..apa perasaan korang? mesti kensel RM100 tu walaupun dia merayu sambil bergolek2 sejauh 100 meter..hek eleh anak aku ni..aku bg tendangan tanpa kasut baru dia tau..dah bagi membebel plak..

jadi sebelum korang mintak lebih2..bersyukur dlu dengan apa yg ada..

4 comments:

  1. mak aku sll pesan "wahai anakku yg comel, hensem lagi kaya..cakap tu bebaik sikit..cakap tu doa"..

    p/s : mak hang penah ckp mcm tu ka?mcm xcaya ja..hahahahahha..;p

    ReplyDelete
  2. oh gitu gan, thanks

    ---
    Jika Anda membutuhkan info tentang kampus STMIK silahkan klik website kami di http://jak-stik.ac.id

    ReplyDelete
  3. "maka nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan?"
    (Surah Ar-Rahman)

    ReplyDelete
  4. nikmat sorang manusia ada pada dlm dirinya sendiri..:)

    ReplyDelete